Padah WeChat, Gadis Dirogol 5 Lelaki Di Bangunan Usang

Padah WeChat, Gadis Dirogol 5 Lelaki Di Bangunan Usang

Kenal, jumpa dan rogol. Itulah yang berlaku kepada seorang remaja perempuan dari Sabah yang mendakwa telah dirogol lima remaja lelaki yang baru dikenali hanya 3 minggu menerusi aplikasi WeChat.

Mangsa yang berumur 15 tahun dirogol secara bergilir-gilir oleh lima suspek remaja lelaki berusia antara 13 hingga 18 tahun di sebuah rumah usang di Manggatal. Kejadian berlaku pada 14 Jun lalu dan mangsa hanya berani melaporkan kejadian tersebut pada Rabu lalu.

Menurut laporan Harian Metro, pada mulanya remaja perempuan tersebut menemui lima suspek tersebut di sebuah taman di Manggatal.

Remaja tersebut telah dipaksa untuk mengikut suspek ke sebuah bangunan tinggal. Mangsa cuba melarikan diri tetapi dihalang oleh suspek.

Ketika berada di dalam bangunan tersebut, mangsa diajak berbual oleh suspek dan kemudian telah dipaksa berbaring di atas lantai dan kemudian dirogol secara bergilir-gilir.

Semua suspek remaja lelaki telah direman selama tujuh hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol secara berkumpulan.


Sumber Padah WeChat, Gadis Dirogol 5 Lelaki Di Bangunan Usang

Post a Comment

Previous Post Next Post