Peminat tawar jadi isteri ke-2, Hisyam Hamid anggap ia sebagai ujian

Pelakon berasal dari Singapura, Hisyam Hamid mengaku ada peminat tidak mempedulikan statusnya sebagai suami orang hingga sanggup menawarkan diri menjadi isteri kedua.

Hisyam, 32, memberitahu, godaan yang diluahkan secara terbuka di laman sosial itu bagaimanapun diabaikan. Malah, akuinya, jika terlalu melampau, mesej seumpama itu dipadam bagi mengelak salah faham.

“Tidak dinafikan ada yang berani menyatakan sedia bermadu dan meluahkan perkara itu di ruang mesej di laman sosial. Kadang-kala saya tidak pasti apakah ia sekadar gurauan atau mereka benar-benar maksudkan?

“Namun, terbabit dalam bidang ini, saya anggap godaan itu sebagai ujian, selain berusaha menetapkan iman agar tidak tergelincir. Paling utama adalah nawaitu kerana saya bekerja demi mencari rezeki untuk isteri dan anak-anak,” katanya.

Hisyam berkata, sebagai lelaki, suami dan bapa, dia tiada masa untuk melayan perkara remeh.

“Masa saya banyak dihabiskan untuk bekerja dan bersama keluarga. Saya mohon dijauhkan daripada semua itu,” katanya.

Pelakon yang terkenal menerusi drama rantaian Ariana Rose, Abang Bomba I Love You dan Sayang Papa Saya Tak? itu, sedang menjalani penggambaran drama berjudul Dosa.

Drama yang turut membabitkan pelakon Indonesia dan menjalani penggambaran di negara terbabit menyaksikan Hisyam menjadi anak kepada guru silat yang dilakonkan Datuk M Nasir.

 

Sumber: BH Online



Sumber Peminat tawar jadi isteri ke-2, Hisyam Hamid anggap ia sebagai ujian

Post a Comment

Previous Post Next Post