Sea Games 2017: Selain Mengecewakan Indonesia, Malaysia Juga Didakwa Mengecewakan Negara Lain

Sea Games 2017: Selain Mengecewakan Indonesia, Malaysia Juga Didakwa Mengecewakan Negara Lain

Selepas didakwa mengecewakan Indonesia kerana tersalah cetak bendera, Malaysia, tuan rumah untuk Sea Games 2017 juga didakwa mengecewakan negara lain.

Sekarang ini, trending #ShameOnYouMalaysia oleh rakyat Indonesia dan negara lain sebagai tanda protes dan tidak berpuas hati dengan isu-isu yang telah timbul.

Tidak dilupakan juga kekecewaan Atlit Sabah dan Sarawak kerana tidak dapat beraksi untuk Sea Games 2017, timbul

Namun, sekali lagi kami maklumkan kepada anda semua, tiada aturan dan pengurusan yang sempurna. Semua terjadi secara tidak disengajakan dan di luar kawalan.

Memetik TRIBUNWOW.COM, inilah 5 kejadian yang membuatkan Malaysia dikecam dan dikritik hebat oleh negara lain yang menyertai Sea Games tahun ini.

1. Bendera Terbalik

Malaysia Didakwa Mengecewakan Negara Lain Di Sea Games 2017 Selain Indonesia

Bendera Indonesia yang dicetak terbalik ini sebenarnya untuk menandakan negara yang sudah menjadi tuan rumah SEA Games.

Dibawah bendera tersebut terpampang jelas tahun ketika Indonesia menjadi tuan rumah SEA Games iaitu 1979, 1987, 1997 dan 2011.

Kesalahan mencetak bendera hanya terjadi pada Indonesia.

Sementara itu, bendera 10 negara peserta SEA Games lainnya tercetak dengan benar.

2. Atlet Indonesia Tidak Selesa

5 kejadian yang membuatkan Malaysia dikritik hebat oleh negara lain yang menyertai Sea Games 2017

Memetik BolaSport.com, Sebelum terjadi insiden terbaliknya bendera kebanggaan Indonesia, ternyata Nadia Anggraeni, wakil Indonesia bagi lompat tinggi telah berasa janggal dengan pihak panitia SEA Games 2017.

Nadia merasakan tidak selesa saat dia dan rombongan harus dipindahkan ke hotel lain saat sudah sampai hotel tujuan.

Atlet lompat tinggi itu juga mengaku tidak mendapatkan kenderaan ketika akan melakukan latihan.

"Saya fikir Malaysia sengaja menguji emosi kita. Dari awal datang, hotel tempat kami menginap tiba-tiba dipindahkan. Terus, kami juga tidak disiapkan kenderaan untuk ke tempat latihan," ujar atlet lompat tinggi tersebut.

Nadia menyebut, sebagai tuan rumah, tentu Malaysia akan melakukan banyak cara untuk merosak tumpuan lawan-lawannya.

Mengetahui keadaan itu, tak ada cara lain selain bersabar dan berjuang mati-matian.

Nadia juga berpesan kepada seluruh atlet Indonesia, agar setiap atlet perlu mengawal emosinya sebelum bertanding.

3. Kehabisan Makanan

5 kejadian yang membuatkan Malaysia dikritik hebat oleh negara lain yang menyertai Sea Games 2017

Seperti dipetik menerusi TribunTimur.com, para pemain pasukan bola sepak Indonesia tidak mendapat makanan.

Kes tersebut terjadi ketika mereka sarapan di hotel tempat mereka menginap.

Menerusi gambar yang tular, Penolong Pelatih Bima Sakti hanya boleh melihat tempat makanan yang sudah kosong tidak terisi.

Ketika itu hanya ada beberapa roti yang akhirnya terpaksa dimakan oleh para pemain dan official Timnas Indonesia.

Hingga kini belum ada konfirmasi dari pihak hotel mahupun penyelenggara SEA Games.

4. Tidak Diberi Transport Setelah Kalahkan Pasukan Malaysia

5 kejadian yang membuatkan Malaysia dikritik hebat oleh negara lain yang menyertai Sea Games 2017

Setelah mengalahkan tuan rumah Malaysia dengan skor 5-0 pada Khamis (17/8/2017) lalu, pasukan Myanmar didakwa terlantar tidak boleh kembali ke hotel kerana pemandu bas yang mereka tumpangi tak ada.

Ada ura-ura mengatakan yang pemandu tersebut tiba-tiba ditangkap pihak berkuasa Malaysia.

5. Siaran langsung untuk warga Myanmar dihadkan

5 kejadian yang membuatkan Malaysia dikritik hebat oleh negara lain yang menyertai Sea Games 2017

Rakyat Myanmar tidak boleh menonton semua pertandingan pasukan bola sepaknya kerana siaran dihadkan oleh panitia lokal Malaysia.

Mereka beralasan tidak boleh menyiarkan pertandingan lantaran stadium tersebut tidak memiliki kemudahan yang cukup untuk melakukan siaran langsung.

Kesimpulan

Seperti yang kami nyatakan di atas, sekiranya segala dakwaan yang dikemukakan adalah benar, ia berlaku di luar kawalan dan sama sekali tidak disengajakan. Tiada pengurusan dan aturan yang sempurna.


Sumber Sea Games 2017: Selain Mengecewakan Indonesia, Malaysia Juga Didakwa Mengecewakan Negara Lain

Post a Comment

Previous Post Next Post