Sekatan jalan selamatkan lelaki perut terburai ditikam sekumpulan 4 lelaki

 Polis Trafik Daerah Kajang, menyelamatkan seorang lelaki yang ditikam sekumpulan empat lelaki lain di Setapak di sini, sebelum mangsa cuba dilarikan di Kajang, malam tadi.

Sekatan jalan selamatkan lelaki perut terburai ditikam sekumpulan 4 lelaki

Sekatan jalan selamatkan lelaki perut terburai ditikam sekumpulan 4 lelaki

 

 

Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, sepasukan pegawai dan anggota polis Trafik Kajang yang mengadakan sekatan jalan raya di selekoh Jalan Reko, menahan sebuah kereta jenis Honda Accord dalam keadaan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan, pasukan polis mendapati kereta dinaiki lima lelaki, termasuk seorang dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tikaman di perut.

Mangsa kemudian mendakwa ditikam dan dilarikan empat lelaki dalam kereta berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Dzaffir Mohd Yusof, berkata empat lelaki terbabit ditahan dan pihaknya turut menemui sebilah parang di but kereta.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai cuba membawa mangsa ke Kajang dan siasatan mengenainya masih dijalankan.

“Mangsa berusia 23 tahun itu mendakwa bertemu dengan suspek di Setapak pada jam 10 malam sebelum dikepung dan diserang sekumpulan lapan lelaki, selain turut ditikam dengan sebilah parang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, suspek antara 20 hingga 31 tahun itu kini ditahan untuk siasatan lanjut manakala mangsa dirawat di Hospital Kajang.

Siasatan dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju.

Sumber: Bharian



Sumber Sekatan jalan selamatkan lelaki perut terburai ditikam sekumpulan 4 lelaki

Post a Comment

Previous Post Next Post