"Sudah Bulan Madu Di Taiwan, Kenapa Ragu-Ragu?" - Bekas Suami Joy Revfa Persoal Motif Hafiz Hamidun

"Sudah Bulan Madu Di Taiwan, Kenapa Ragu-Ragu?" - Bekas Suami Joy Revfa Persoal Motif Hafiz Hamidun

Kontroversi pergolakan rumah tangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa semakin hangat diperkatakan apabila setelah Joy memfailkan pembubaran nikah di Mahkamah Rendah Syariah, Hafiz Hamidun pula tampil mengatakan Joy Revfa bukanlah isterinya kerana urusan penceraian Joy dengan bekas suaminya masih belum selesai.

Terkini, bekas suami Joy Revfa iaitu Datuk Ray Imran, mempersoalkan niat sebenar Hafiz Hamidun yang dilihatnya memanjangkan kontroversi perkahwinannya dengan Joy.

Menurut Mohd Rayos Abdul Rahim atau lebih dikenali sebagai Datuk Ray Imran, dia sudah memberi kerjasama kepada pasangan itu sebelum mereka bernikah pada Mei lalu tetapi kesal kerana dirinya juga terpalit dalam kontroversi tersebut.

Datuk Ray berpendapat bahawa sekiranya Hafiz Hamidun benar-benar menyayangi Joy, maka kontroversi itu tidak perlu dipanjangkan.

"Apa Motif Hafiz Hamidun Memanjangkan Isu Ini?" - Bekas Suami Joy Revfa Persoal Niat Hafiz Hamidun

"Saya terkejut, apa motif Hafiz yang masih memanjangkan isu ini. Kalau betul dia sayang Joy, perkara ini tidak akan timbul.

"Saya rasa ada sebab lain yang cuba diselindung Hafiz," katanya ketika dihubungi BH Online.

Datuk Ray juga mempersoalkan mengapa Hafiz perlu berasa ragu dengan perkahwinannya sedangkan dia dan Joy telah pergi berbulan madu sambil menjayakan program Romantika di Taiwan, baru-baru ini.

Bekas Suami Joy Revfa Persoal Motif Hafiz Hamidun

"Sudah pergi berbulan madu di Taiwan, kenapa ragu-ragu? Jika benarlah Joy tidak pandai memberikan kerjasama menyelesaikan masalah, dia sebagai suami perlu bertindak lebih matang.

"Biasalah perempuan kalau rasa diabaikan, mereka beremosi," katanya.

Jelas Datuk Ray lagi, semasa mengetahui berita Joy bakal membina kehidupan baru, dia berasa gembira.

"Apa-apapun, saya akan beri kerjasama kepada bekas isteri dan mahkamah untuk mengelak fitnah dan spekulasi," katanya.



Sumber "Sudah Bulan Madu Di Taiwan, Kenapa Ragu-Ragu?" - Bekas Suami Joy Revfa Persoal Motif Hafiz Hamidun

Post a Comment

Previous Post Next Post