“Tu orang punya kan?” – Ini tips terbaik buat ibu bapa untuk elak anak minta beli mainan

"Tu orang punya kan?" - Ini tips terbaik buat ibu bapa untuk elak anak minta beli mainan

“Tu orang punya kan?” – Ini tips terbaik buat ibu bapa untuk elak anak minta beli mainan

Kanak-kanak mana yang tak suka kalau lalu depan kedai mainan, itu baru je lalu. Macam mana pula pe’elnya kalau anak-anak ini masuk kedai yang ada jual barang mainan, mesti rambang mata mereka, tapi mak ayah pula, mesti pening kepala pula.

Kita bukanlah tak nak beli mainan untuk anak-anak, cuma kebanyakannya dah ada dekat rumah, dan masih elok lagi, sayang kalau membazir je.

Kalau dilarang memang menangis punya anak-anak ini, nak buat macam mana lagi, kata banyak kali pun tak nak dengar.

Kalaulah anak-anak ini boleh faham kan mudah?

Bagi seorang ibu, yang mana anaknya tidak meminta-minta dan mengamuk kalau nampak mainan di kedai, merupakan saat yang tenang buatnya.

Cara yang dilakukannya amat berkesan, tip dari ibu mentuanya sendiri. Beginilah apa yang dilakukan oleh Fathurosniza, yang mana didikan sejak kecil ini sedikit sebanyak mengajar anak ‘behave’. 

Ini orang punya..

Firash ni memang dari kecik lagi kami didik dia kalau nampak mainan kat mana-mana toyshop, kedai DIY, kat kaki lima dia akan tengok je sambil kata “umi, ni orang punya kan”.

Pernah kami lalu depan kaki lima, ada sorang makcik ni main-main kan keta control depan dia, pastu kata adik nak ni tak? Si firash ni tengok muka umi dan kata umi, yang tu orang punya kan. Hahhahaa

Sebab masa dia kecik dulu (masa tu dah faham apa yang kita bagi tahu) bila dia nampak banyak toys kat kedai, dia kata nak, daddy akan terus cakap tu orang punya, tak boleh ambik.

Kalau kami nampak dia nak sangat benda tu (dia tak mengamok guling² tapi mata dia macam berair, muka nampak frust) so kami faham la yang dia nak sangat-sangat benda tu especially geng² giant truck macam excavator, bulldozer, dump truck.

Bukan depan anak

Daddy akan belikan TAPII bukan beli depan mata dia, bukan dia yang pegang dan bawak mainan tu ke kaunter. Kalau dia kata nak book, barulah kami izinkan dia bawak sndiri buku tu ke kaunter. Kami lagi suka belikan buku sebenarnya.

Umi akan alihkan pandangan dia ke tempat lain dan daddy yang akan ambik mainan tu and bayarkan. Bila mainan tu dah ada dalam plastik, dia takkan perasan yang tu toys yang dia nak. 

Bila dah sampai rumah, mainan tu akan kami letak depan tv atau atas meja (tempat yang dia senang nak nampak). Mula lah buat muka sengih manis macam nak jilat jeee muka manis tu.
Petua dari mak mentua
Mak mertua ninnie yang ajar petua ni. Kalau nak beli mainan kat anak, jangan beli depan mata dia. Kalau tak nanti dia akan terbiasa bila nampak je toys, nak time tu jugak. 

Kalau tak dapat ngamuk dalam kedai tu jugak. Budak-budak kannn. bukan dia tahu barang tu mahal ke murah. Nak² harga toys sekarang mahal kot, takkan tiap kali lalu kedai mainan kita nk kena belikan.

Sampai la sekarang Firash tak de nak ngamuk², merajuk bila nampak toys banyak-banyak kat kedai. Semalam bawak dia dan Raisya masuk DIY. Si adik pegang patung barbie. boleh pulak si firash ni jerit kat adik, “adikkkkk, tak boleh ambik, yg tu orang punya!! 

Smpai menangis² adik dia marah macam tu (si firash ni memang bajet abanggg kawasan sangat bila adik dia buat salah).
Hehe sekian untuk hari ni. Lain orang lain caranya. ini cara umi untuk elakkan anak tantrum in public. Alhamdulillah cara ni masih berkesan untuk anak kami setakat ni.Kat Raisya pun kami buat jugak cara ni. Tapi dia tak faham sangat lagi. Dia suka ikut kepala dia je sebab kecik lagi kot hahhaa. 
Guling sana guling sini tu memang hobi dia. Bukan sebab nak barang, tapi dia tak suka orang dukung atau pegang dia masa berjalan. Tapi memang bajet diva kot nak jalan sendiri nak bebas. Haha. Hat tu memang tak leh nak buat apa dah. Mata kita kena perhatikan je mana dia nak pegi.
Via: SK


Sumber “Tu orang punya kan?” – Ini tips terbaik buat ibu bapa untuk elak anak minta beli mainan

Post a Comment

Previous Post Next Post