KEMAMAN, TERENGGANU – Seorang pengasuh wanita dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Majistret Kemaman hari ini kerana mendera seorang bayi perempuan sehingga mengalami kecederaan fizikal, lapor Harian Metro.
Pengasuh dipenjara lima tahun aniaya, cedera bayiKEMAMAN, 1 Ogos: Seorang pengasuh dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah menganiaya dan mencederakan bayi dalam jagaannya pada April 2016.Asmayuzi Ismail @ Abdul Wahab, 33, mengaku bersalah di hadapan Majistret Badrul Munir Mohd Hamdi.Dia melakukan kesalahan itu terhadap Wan Syifa Amani Wan Mohd Fairus, tujuh bulan pada pukul 7.30 pagi hingga 10.20 pagi di rumahnya di Nombor 38, Taman Wan Adnan, Kerteh, Kemaman, 27 April 2016 di hadapan Majistret Badrul Munir Mohd Hamdi.Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman maksima denda RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Posted by Bernama OffBeat on 31hb Julai 2017
Sumber Video: Dera bayi sampai buta mata kiri, pengasuh dipenjara 5 tahun