Video: Kanak-Kanak Kena Langgar, Saksi Cuma Lihat

KEMALANGAN di China ni diibaratkan macam sudah biasa berlaku dan tak pelik jika si ‘mangsa’ sengaja buat-buat cedera supaya mendapat pampasan insurans di negara itu.

 

 

Video: Kanak-Kanak Kena Langgar, Saksi Cuma Lihat

Video: Kanak-Kanak Kena Langgar, Saksi Cuma Lihat

 

 

Tapi kali ni lain pula apabila seorang wanita yang sedang mendukung bayinya, hanya melihat seorang kanak-kanak lelaki dilanggar dengan kereta tanpa membantu menyelamatkannya.

Si kecil itu kelihatan sedang mencangkung, mungkin ingin mengambil mainannya yang jatuh dekat jalan raya tersebut sebelum dia dilanggar oleh pemandu kereta yang tak perasan kehadirannya dekat situ.

Bayangkan, wanita tersebut cuma memandang tanpa membantu sedangkan jaraknya dengan mangsa tidaklah begitu jauh. Akibatnya, kanak-kanak tersebut dilanggar dan terperosok di bawah kereta rersebut.

 

Walaupun selepas kereta tersebut dah berlalu, wanita itu masih memerhati tanpa rasa serba salah. Mujur ada dua wanita yang terus berlari ke kereta tersebut dan menghalangnya daripada melarikan diri.

Ibu kanak-kanak tersebut bengang kerana wanita tersebut langsung tak membantu anaknya. Kejadian seperti itu dapat dielakkan jika wanita tersebut menghalang kenderaan itu daripada melanggar anaknya.

Pemandu kenderaan tersebut yang masih terkejut dengan insiden itu terus membawa kanak-kanak malang itu ke hospital dan dia bernasib baik kerana cuma mengalami kecederaan ringan.

 

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

 



Sumber Video: Kanak-Kanak Kena Langgar, Saksi Cuma Lihat

Post a Comment

Previous Post Next Post