Video: Penumpang GrabCar licik, panjang tangan curi dompet pemandu, bayar tambang siap kata tak payah bagi baki

SINGAPURA – Seorang lelaki yang menaiki sebuah teksi ‘Grabcar’ menyamun pemandunya dalam kejadian di sebuah kawasan perumahan di Woodlands, Isnin lalu.

 

 

Video: Penumpang GrabCar licik, panjang tangan curi dompet pemandu, bayar tambang siap kata tak payah bagi baki

Video: Penumpang GrabCar licik, panjang tangan curi dompet pemandu, bayar tambang siap kata tak payah bagi baki

 

Dalam kejadian kira-kira jam 5.27 pagi itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Sulaiman mendakwa dirinya kerugian lebih S$500 (RM1,573) selepas penumpang terbabit ‘panjang tangan’.

Rakaman berdurasi dua minit 20 saat itu menunjukkan, suspek pada mulanya berpura-pura menunjukkan arah kepada mangsa yang sedang khusyuk memandu.

 

 

 

Ibarat seorang ‘profesional’, lelaki itu dilihat secara tiba-tiba mencapai dompet mangsa ketika melalui sebuah selekoh.

Tindakan suspek bagaimanapun tidak disedari mangsa membuatkan dia terus memandu sehingga sampai ke destinasi.

Suspek kemudian melakukan pembayaran tambang sebanyak S$9 (RM28.31) dengan memberitahu mangsa supaya tidak perlu memberikannya baki tambang tersebut.

Di penghujung rakaman, pemandu terbabit mula merasakan dompetnya tiada di sisi lalu cuba mencarinya.

Difahamkan, suspek ‘panjang tangan’ terbabit telah dikenal pasti oleh mangsa yang kemudiannya membuat laporan polis berkenaan kejadian tersebut.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 



Sumber Video: Penumpang GrabCar licik, panjang tangan curi dompet pemandu, bayar tambang siap kata tak payah bagi baki

Post a Comment

Previous Post Next Post