TAK habis-habis lagi nampaknya kontroversi yang melanda personaliti media sosial dan pengasas kosmetik Nur Sajat ini.
Hari demi hari ada sahaja berita kurang baik tentang dirinya sehingga menjadi topik bualan hangat ramai netizen.
Sebelum ini, Sajat pernah mencetuskan sensasi apabila dia mendakwa bahawa dirinya itu bukan wanita mahupun lelaki.
Bagaimanapun selepas kecoh dengan pelbagai dakwaan baru-baru ini, dia mengakui pula dirinya sebagai khunsa.
Belum reda isu nampak benjol dalam seluar, kali ini tersebar kembali pula satu rakaman video klip lama yang memaparkan dia pernah menyertai Miss Pondan Malaysia 2010.
Apa yang lagi mengejutkan adalah pertandingan ratu ‘nyah’ itu dianjurkan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di Pantai Timur dengan berselindung sebalik motif kerja amal untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.
Penyebaran video tersebut sekali lagi usahawan kosmetik ini menarik perhatian netizen. Berdasarkan semakan terkini mendapati, laman blog yang memuat naik video tersebut pula sudah tidak aktif lagi.
Bagaimanapun ia secara tidak langsung mengundang tanda tanya pula tentang pengalaman dan kisah silam usahawan itu yang pernah tercalon sebagai salah seorang Ratu Pondan Malaysia.
Entahlah, lepas ni apa pula pengakuan sensasi Sajat. Mungkin lebih panas? Okay… Sama-sama kita nantikan dan diharapkan lebih positif lah pula untuk kali ini.
Sumber: MYNEWSHUB/AmyMaizura
Sumber Video throwback: Sajat pernah menang Miss Pondan Malaysia 2010 yang dijurikan oleh Noraniza Idris