5 Nasihat Untuk Berjaya Dalam Bisnes Daripada Pengasas Twitter, Jack Dorsey

Twitter antara platform media sosial yang terkenal di Malaysia. Bukan sahaja terkenal dalam kalangan netizen, malahan Twitter turut digemari oleh artis dan ahli politik.

Antaranya adalah YB Khairy Jamaluddin, Datuk Ahmad Maslan, Mark Adam dan sebagainya. Twitter merupakan antara syarikat gergasi media sosial dari Barat.

Ia diasaskan oleh Jack Dorsey, yang juga merupakan CEO syarikat tersebut.

Jack merupakan salah seorang ‘billionaire’ yang tidak pernah menamatkan pengajian di kolej.

Dia juga merupakan pengasas dan juga CEO bagi Square Inc, sebuah syarikat yang menguruskan perkhidmatan kewangan dan pembayaran.

Jack kini telah menetap di San Francisco dan merupakan usahawan ke-sebelas terkaya di Amerika bagi kategori bawah 40 tahun menurut Forbes.

Dia telah menghadapi pelbagai cabaran semasa membangunkan Twitter dan berjaya meletakkan syarikatnya gah seperti syarikat-syarikat media sosial terkenal yang lain.

#1-Kejar Dan Dapatkan Perkara Yang Anda Sukai.

Image result for jack dorsey

Pada permulaan kariernya, Jack sebenarnya lebih berminat dengan program pengkomputeran.

Ini adalah minatnya sejak di bangku sekolah lagi. Dia telah mempunyai projek pertamanya yang berkaitan dengan perisian komputer yang membantu penentuan kordinat bagi teksi, van penghantaran dan komunikasi dua hala yang mengikut masa.

Perisian ini masih berguna sehingga kini. Orang yang berjaya menjalankan minatnya sejak dari awal dan sanggup untuk menghadapi cabaran baru yang datang semasa berusaha mencapainya dengan baik.

#2-Melaksanakan Idea Dalam Apa Jua Situasi.

Image result for jack dorsey

Twitter terbina apabila Jack mencadangkan idea untuk mengintegrasikan satu sistem perkhidmatan mesej yang ringkas ke dalam perisian miliknya untuk sebuah syarikat di  Silicon Valley.

Sistem ini dinamakan Odeo. Dia kemudiannya mengasaskan syarikat Obvious bersama rakan pengasasnya iaitu Evan Williams dan Biz Stone. Jack menjadi CEO syarikat tersebut pada tahun 2006.

Dia kemudiannya melakukan ‘tweet’ statusnya yang pertama yang berbunyi ‘just setting up my twttr.’

Menurut Jack, orang yang berjaya tidak takut untuk membincangkan idea walaupun ia kedengaran tidak bagus pada orang lain dan mereka cuba sedaya upaya untuk merealisasikannya dan membuktikan yang idea tersebut adalah satu idea yang bagus dan tunjukkan kepada orang lain yang mereka salah.

Jika idea dan usaha tersebut gagal, mereka tidak akan berhenti malah akan mencuba lagi dan dengan cara yang berbeza atau idea yang lebih bagus.

Apa yang pasti, mereka melakukannya dengan penuh minat dan minat itulah yang membuatkan mereka tidak akan sesekali berputus asa dan berhenti berusaha.

#3-Sentiasa Kekal Berinovasi.

Image result for jack dorsey

Walaupun pada awalnya mengalami pelbagai masalah dengan penyelenggaraan Twitter namun Jack tidak mengalah dengan mudah.

Walaupun menerima kritikan dengan perkhidmatan dan fungsi Twitter yang ditawarkan pada ketika itu, namun segala respon negatif lenyap apabila ahli politik mula menggunakan Twitter sebagai platform untuk menjalankan kempen politik mereka.

Penggunaan Twitter sebagai medium untuk berpolitik ternyata berkesan.

Walaupun Twitter sudah dikenali ramai, sudah meluas penggunaannya hingga ke peringkat global, namun, dia tidak mudah selesa dan berhenti di situ.

Jack kemudiannya mengorak langkah kehadapan dengan membuka satu lagi startup baharu yang dinamakan Square.

Startup ini menawarkan perkhidmatan membolehkan pengguna telefon menerima kad debit dan membuat pembayaran kad kredit dengan menggunakan peranti kecil yang diletakkan pada telefon.

#4-Membuat Keputusan Yang Sukar.

Image result for jack dorsey

Pada tahun 2008, selepas berkhidmat sebagai CEO selama dua tahun. Jack telah meletakkan jawatan sebagai CEO untuk memberi ruang Evan Williams.

Namun, dia kembali sebagai sebagai CEO pada Jun 2015 apabila Dick Costolo meninggalkan syarikat tersebut.

Pada ketika itu, dia sangat berani dan tegas apabila mengurangkan lebihan pekerja dan memberi suku daripada perkongsian syarikat pada kepada pekerja –pekerja. Ini bertujuan untuk masa depan pekerja dan syarikat.

#5-Sensitif Kepada Keinginan Pelanggan.

Image result for twitter company

Twitter pernah menerima kritikan yang teruk kerana ia adalah platform media sosial yang membenarkan penggunanya menyebarkan isu perkauman dan kebencian secara bebas.

Jack sangat mengambil berat mengenai perkara ini dan telah menstrukturkan polisi syarikat untuk mengelakkan isu yang menganggu sensitiviti orang ramai yang menyebabkan orang ramai disebar secara meluas dan menganggu kesejahteraan orang ramai termasuklah pengguna Twitter sendiri.

Tindakan yang tegas dan pantas akan diambil sekiranya mereka mengutarakan mana-mana isu sensitif berbaur perkauman dan sebagainya di Twitter.

Jack sendiri memahami yang isu sensitif boleh menganggu kesejahteraan pengguna Twitter dan berusaha untuk menghentikannya sebelum ia boleh memecah-belahkan masyarakat melalui perseteruan di media sosial.



Sumber 5 Nasihat Untuk Berjaya Dalam Bisnes Daripada Pengasas Twitter, Jack Dorsey

Post a Comment

Previous Post Next Post