6 Cara Untuk Jadikan Syarikat Anda Lebih Berinovasi Seperti Syarikat Apple Dan Google

Untuk kekal relevan dalam bisnes, usahawan harus tahu bagaimana untuk menginovasi produk atau servis bagi kebaikan bisnes dalam jangka masa panjang.

Pelanggan sentiasa menanti-nantikan sesuatu yang baharu dan menyeronokkan bagi mereka.

Syarikat gergasi seperti Apple dan Samsung contohnya adalah contoh syarikat yang terbaik apabila dikaitkan dengan inovasi sebagai strategi syarikat mereka memikat pelanggan secara berterusan.

Para usahawan harus belajar daripada mereka bagaimana untuk mencapai target bisnes secara komersial. Ini adalah langkah-langkah yang anda boleh ikuti.

#1-Jadikan Mesyuarat Anda Lebih Dinamik.

Image result for google working environment

Mesyuarat adalah agenda penting dalam memastikan komunikasi dua hala berjalan dengan lancar antara pihak pengurusan dan pihak pekerja.

Namun, jika kerap mengadakan mesyuarat yang panjang dan lama pasti membuatkan mereka yang terlibat dalam mensyuarat berasa letih dan tidak fokus.

Produktiviti staf akan terganggu dan matlamat mesyuarat diadakan juga tidak akan tercapai dengan sepenuhnya.

Beri kelainan kepada mesyuarat dalam pasukan syarikat.

Tidak salah untuk lari daripada kebiasaan tipikal mesyuarat yang formal dan membosankan.

Kadang-kadang, apabila kita keluar dari zon keselesaan kita bersama rakan-rakan pejabat, banyak perkara baharu yang boleh dipelajari.

Anda boleh lakukan mesyuarat gaya kasual di luar pejabat, sambil makan snek atau di gim sambil bersenam dan sebagainya. Banyak idea baharu dan spontan boleh dikongsikan bersama sambil berseronok.

#2-Cari Sumber Inspirasi Yang Baharu.

Image result for google working environment

Pernah rasa idea macam tersekat? Buntu semasa mencari solusi? Kadang-kala, kita terlalu banyak berfikir sehingga penat.

Ramai usahawan di luar sana bukan sekadar penat badan akan tetapi penat minda.

Minda usahawan harus sentiasa ligat. Cara terbaik untuk berfikir secara kreatif adalah dengan meningkatkan usaha untuk mencari sumber-sumber inspirasi yang baharu.

Katakan anda melancong ke suatu tempat yang asing, pastikan anda pelajari sesuatu yang baharu,walaupun bukan berkaitan dengan bisnes, tetapi ia akan bantu untuk tajanmkan minda kreatif dan kritis anda.

Jangan sekadar melancong, berlibur dan buang duit sahaja.

Jangan takut untuk mengetengahkan idea yang anda rasa bagus untuk perkembangan syarikat.

Utarakan sahaja idea atau pendapat anda, diterima atau tidak itu bukan persoalan.

Jika idea tersebut berjaya, bukankah ia bagus untuk syarikat? Jika tidak, tidak mengapa, usaha lagi untuk berjaya.

#3-Pilih Pekerja Yang Kreatif.

Image result for google working environment

Salah satu cara yang lain adalah dengan bekerja dengan orang-orang ‘halus’ seramai yang boleh.

Maksud halus adalah berseni. Seni tidak semestinya melukis, menari dan menyanyi.

Pada era milenia ini, seni boleh didapati dan dilakukan dalam pelbagai cara. Ada sesetengah syarikat yang sanggup membayar upah yang mahal kepada orang-orang kreatif bagi tujuan pengiklanan, pemasaran dan sebagainya.

Jika anda mempunyai pekerja atau rakan sekerja yang kreatif, seringlah berdamping dengan mereka, bertanya dan meminta nasihat supaya anda boleh terdedah dengan bagaimana cara orang kreatif berfikir.

Lama-kelamaan anda dapat memahami cara mereka berfikir dan bertindak. Anda juga boleh mendidik diri anda untuk menjadi kreatif seperti mereka.

#4-Buat Projek Kecil-Kecilan.

Image result for google working environment

Kejayaan tidak semestinya harus datang daripada perkara besar atau mencapai skala yang besar.

Kadang-kala, projek kecil yang dijalankan dengan penuh minat dan semangat akan mendatangkan kejayaan besar ataupun paling minima kejayaan yang kecil.

Apabila yang direncana sudah menjadi, bukankah kita sudah rasa bersemangat untuk meneruskan dengan lebih banyak projek lagi?

Siapa tahu mungkin idea atau hasil yang datang daripada projek kecil akan jadi aset bagi syarikat pada masa hadapan?

Di Google, pihak syarikat menggalakkan pekerja untuk meluangkan masa melakukan projek kecil mereka sendiri ketika berkelapangan.

Ini bukan sahaja untuk bantu mereka berfikir secara kreatif dengan konsisten akan tetapi untuk beri mereka kebebasan untuk lakukan perkara yang mereka sukai.

Pekerja yang gembira akan menggembirakan majikan dan pelanggan tanpa disuruh.

#5-Selalu Kotakan Apa Yang Dikata.

Image result for google working environment

Kebanyakkan usahawan yang berjaya di seluruh dunia sentiasa menterjemahkan perbuatan dan percakapan mereka ke dalam perbuatan.

Tiada kejayaan boleh diraih sekiranya anda tidak bertindak mengotakan apa yang anda katakan atau impikan.

Sentiasa cakna dengan apa yang anda perkatakan kerana setiap perkataan anda akan diterjemahkan oleh orang lain dan menjadi sangkaan dan jangkaan mereka terhadap anda.

Jika anda mengatakan untuk melakukan sesuatu, pastikan anda melakukannya supaya intergriti anda terpelihara.

#6-Buat Kajian Di Luar Pejabat.

Image result for google working environment

Sekali-sekala buatlah lawatan belajar atau kajian luar pejabat semasa waktu bekerja. Contohnya, melawat kilang-kilang, pameran industri, pasar atau mana-mana tempat yang relevan dengan skop bisnes anda.

Dengan cara ini, majikan dan pekerja tidak terperap di dalam pejabat sepanjang masa.

Dengan membuat kajian, idea inovasi anda juga relevan dengan kehendak semasa dan ‘trend’ yang menjadi ‘demand’ dalam pasaran.

Walaupun lawatan dibuat ketika waktu pejabat, namun hasilnya tetap produktif untuk perkembangan inovasi syarikat.



Sumber 6 Cara Untuk Jadikan Syarikat Anda Lebih Berinovasi Seperti Syarikat Apple Dan Google

Post a Comment

Previous Post Next Post