Adakah Syarikat Anda Sudah Bersedia Untuk Bergabung Dengan Syarikat Lain?

Salah satu cara untuk mengembangkan syarikat adalah bergabung dengan syarikat yang lain.

Tidak ramai usahawan yang mampu dan mahu lakukannya melainkan jika situasi kewangan syarikat mendesak atau kedua-dua syarikat akan menerima faedah yang besar jika bergabung.

Walaupun akan menerima faedah yang banyak, proses untuk menggabungkan syarikat bukanlah mudah dan bukan pihak tertinggi syarikat sahaja malahan hampir semua orang akan terlibat termasuklah pekerja dan pelanggan kedua-dua syarikat.

Jadi, jika anda melihat penggabungan syarikat sebagai satu jalinan kerjasama yang bagus untuk bisnes anda, ketahui aspek-aspek perubahan yang anda perlu pertimbangkan sebeum bergabung.

#1-Saluran Komunikasi Maklumat.

Image result for company merging

Antara isu terpenting adalah bagaimana anda akan memaklumkan berita penggabungan syarikat atau bisnes anda kepada pekerja anda dan pelanggan anda.

Jika tersilap cara, berita ini mungkin akan menimbulkan rasa kurang selesa atau panik kepada mereka memandangkan masing-masing sedar yang situasi syarikat bakal berubah.

Justeru, anda harus fikirkan strategi komunikasi yang terbaik untuk digunakan bagi berkongsi berita ini dengan mereka dan mengurangkan reaksi negatif semaksimum yang boleh.

Informasi yang anda bakal salurkan haruslah mengandungi maklumat yang terperinci mengenai usahasama penggabungan kedua-dua syarikat dan supaya mereka mendapat maklumat yang cukup sebelum menilai.

Maklumkan kepada orang yang berada dalam syarikat terlebih dahulu kerana mereka akan mengalami perubahan secara lansung dan menerima kesannya dengan lebih besar.

Seterusnya barulah maklumkan kepada pelanggan dan orang ramai.

Tidak kiralah sama ada bagi penyebaran maklumat mengenai isu penggabungan atau perihal lain, seharusnya pekerja yang tahu mengenai perkara yang berkaitan dengan syarikat kerana mereka akan menjadi rujukan utama orang lain terutamanya pelanggan anda.

#2-Proses Integrasi Kerja.

Image result for company merging

Apabila ada dua syarikat yang ingin bergabung, antara soalan yang menerpa fikiran orang ramai adalah jika skop kerja mereka kekal sama ataupun bakal berubah.

Penyelarasan adalah satu proses yang wajib dan kritikal untuk difikirkan dan dirancang.

Oleh kerana banyak perkara yang perlu diambil kira, penyelarasan haruslah dijalankan dengan baik untuk melancarkan urusan syarikat.

Pastikan mereka yang terlibat mengetahuinya dan menerimanya dengan baik.

Jika tidak, perbincangan harus dilakukan dan pengubahsuaian harus dilakukan juga seiring dengan hasil perbincangan yang terbaik untuk semua pihak.

Terlebih dahulu, sebelum bermula, tanya diri anda sendiri dahulu dengan soalan-soalan berikut:

Adakah kedua-dua syarikat dapat menampung pertambahan staf dalam syarikat?

Adakah syarikat perlu mengurangkan pekerja dan memberi tugas tambahan baharu kepada pekerja yang sedia ada?

Apakah cara untuk mengekalkan atau menambahbaik tahap produktiviti syarikat dengan pertambahan staf baru?

Fikirkan jawapan kepada semua persoalan ini dan anda akan dapat membuat penyelarasan dengan lebih baik.

Secara automatiknya, pekerja anda juga akan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang baharu ini.

#3-Penyerapan Variasi Budaya.

Related image

Antara perkara yang penting selepas isu penyelarasan dan pembahagian kerja adalah perihal percampuran budaya,bangsa dan agama.

Jika pekerja syarikat anda bukanlah terdiri daripada pekerja berbilang kaum, anda masih harus mengambil kira pertembungan dua budaya syarikat yang berbeza.

Sudah pasti budaya kerja syarikat berbeza dan mungkin mereka akan mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dan ini boleh menganggu prestasi kerja mereka.

Ada sesetengah syarikat tidak mementingkan perkara ini dan menganggap yang ia adalah hal yang remeh sedangkan pekerja harus diutamakan dahulu berbanding pelanggan kerana merekalah yang akan menjaga pelanggan anda.

Untuk mencipta satu persekitaran kerja yang harmoni, anda harus merumuskan satu formula untuk menangani isu yang timbul dengan mengumpulkan pendapat daripada staf anda untuk mengetahui masalah dan jangkaan mereka terhadap syarikat.

#4-Kesepaduan Sistem Syarikat.

Related image

Selain tenaga kerja manusia, pihak syarikat juga harus memikirkan mengenai sistem dan teknologi yang digunakan dalam syarikat yang akan digabungkan.

Sudah pasti kedua-dua syarikat menggunakan sistem teknologi yang berbeza.

Pihak syarikat harus fikirkan bagaimana untuk menyepadukan teknologi dalam syarikat yang baru bergabung.

Sama ada teknologi yang digunakan selari atau tidak, ia mungkin akan memberi kos yang mahal kepada syarikat untuk menggunakan sistem teknologi baharu yang dapat memenuhi keperluan kedua-dua syarikat.

Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar IT atau syarikat luar yang menyediakan perkhidmatan sistem dan teknologi.

Mungkin selepas konsultansi anda harus menukar sistem syarikat sedia ada.

Mungkin ia akan meningkatkan kos operasi anda namun jika itu yang terbaik untuk kedua-dua pihak, anda harus mempertimbangkannya jika ia menguntungkan kedua-dua pihak dalam jangka masa yang panjang.



Sumber Adakah Syarikat Anda Sudah Bersedia Untuk Bergabung Dengan Syarikat Lain?

Post a Comment

Previous Post Next Post