Adira, Azhar Tak Penuhi Piawaian - Syafinaz

Dua penyanyi iaitu Azhar dan Adira bernasib tidak baik apabila kedua-dua mereka terkeluar  daripada program AF Megastar yang diadakan di Royal Theater di sini malam Ahad.

Penyingkiran berkenaan menjadikan mereka dua peserta pertama meninggalkan pertandingan itu yang baharu sahaja memasuki minggu pertama.

Adira yang menyanyikan lagu Ikut Rentakku mendapat 29.3 peratus markah manakala Azhar dengan Dalam Gerimis hanya meraih 17.1 peratus yang menyebabkan mereka berada di kedudukkan kedua rendah.

Persembahan mereka juga mendapat ulasan kurang memuaskan daripada barisan juri yang mewakili 60 peratus markah secara keseluruhan.

40 peratus markah lagi dilakukan secara undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh penonton.

Tiga juri yang terlibat memberi komen ialah Datuk Ramli MS, Syafinaz Selamat dan Datuk Norman Abdul Halim.

Dalam pada itu, Syamel yang mendapat markah paling tinggi iaitu 58.6 peratus muncul sebagai juara mingguan.

Kesemua peserta menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan oleh bekas peserta Akademi Fantasia.
Sementara itu, Syafinaz ketika ditemui berkata, penilaian terendah itu  berdasarkan persembahan mereka yang nyata tidak mencapai piawaian AF Megastar.

"Mereka adalah penyanyi yang baik tetapi kegagalan memberikan persembahan yang baik menyebabkan Adira dan Azhar tersingkir," katanya.

10 peserta yang mara ke minggu seterusnya adalah Bob, Idayu, Marsha, Shahir, Amir Jahari, Indah Ruhaila, Ewal, Sufi Rashid, Syamel dan Amir.

AF Megastar disiarkan menerusi Astro Ria dan Ria HD pada pukul 9 malam.



Sumber Adira, Azhar Tak Penuhi Piawaian - Syafinaz

Post a Comment

Previous Post Next Post