Akhirnya jawatan CEO Proton bertukar tangan kepada warga China, menurut satu laporan

Akhirnya jawatan CEO Proton bertukar tangan kepada warga China, menurut satu laporan

Akhirnya jawatan CEO Proton bertukar tangan kepada warga China, menurut satu laporan

Jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat kereta nasional, proton telah bertukar tangan warga China selepas DRB-Hicom menjual 49.9 peratus sahamnya kepada Zhejing Geely Holding pada Mei lalu.

Bekas Timbalan Pengurus Besar Dongfeng Honda Engine Co, Li Chunrong yang baru menyertai Geely 22 Ogos lalu, telah diberi kepercayaan memegang jawatan tersebut.

Chunrong, 53, mempunyai pengalaman luas dalam sektor automotif, tetapi beliau didakwa masih kurang arif untuk menguruskan operasi pemasaran kereta terutama di peringkat global.

Ini merupakan cabaran berat untuk menerajui syarikat kereta nasional kerana masih dianggap orang baharu Geely.

Jawatan CEO Proton baharu itu sudah hampir pasti milik Chunrong dan Geely sudah ternanti-nanti kemunculan beliau bagi mengubah nasib Proton kembali menjadi syarikat menguntungkan dalam laporan China Press.

Pemilihan Chunrong juga adalah sebahagian strategi utama Pengerusi Geely, Li Shufu yang kerap menekankan untuk memulihkan Proton secepat mungkin.

Sumber-Sinar Harian

 



Sumber Akhirnya jawatan CEO Proton bertukar tangan kepada warga China, menurut satu laporan

Post a Comment

Previous Post Next Post