Menurut Presiden Pembangunan Perniagaan Antarabangsa Bahagian Pemprosesan Makanan Allana, Afzal Aziz, cadangan tersebut adalah baik dan pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menyokongnya.
"Malaysia adalah pasaran penting syarikat kami kerana menyumbang 10 peratus daripada jumlah jualan tahunan kami atau sebanyak AS$220 juta setahun.
"Syarat (30 peratus) itu sedang diteliti dan dijangka dapat dilaksanakan berikutan kelulusan kepada tujuh atau lapan pengeksport daging sudah hampir tamat tempohnya dan perlu diperbaharui."Kami mengamalkan dasar terbuka di mana sesiapa sahaja boleh mengimport daging dengan kami. Malah, kami juga tidak merasakan dasar baharu ini akan menjejaskan perniagaan Allana di sini.
Allana yang ditubuhkan pada tahun 1865 mula mengeksport daging ke Malaysia sejak tahun 1982 dan menguasai lebih 52 peratus jumlah eksport daging tersebut dalam pasaran Malaysia.
Malah, syarikat itu secara puratanya mengeksport lebih 52,000 tan metrik daging ke Malaysia setiap tahun dengan mensasarkan peningkatan 60,000 metrik tan menjelang 2018.
Sumber Allanasons sokong dasar kuota 30 peratus import Bumiputra