Ayuh Undi Wakil Tunggal Malaysia Menang Pertandingan Akhir Vans Asia Custom Culture

Ayuh Undi Wakil Tunggal Malaysia Menang Pertandingan Akhir Vans Asia Custom Culture

Jika sebelum ini kami pernah menyiarkan beberapa karya anak muda tempatan bertemakan kebudayaan yang dilukiskan pada kasut Vans, akhirnya pertandingan ini sampai ke hujungkan dan seorang anak muda tempatan telah melangkah ke peringkat akhir, bersaing dengan lima negara lain iaitu Hong Kong, Korea, China, India dan Singapura.

Bagi Mohamad Khiddir bin Mohd Baharudin, 27, berasal dari Kampung Sawah Lebar Seberang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, membawa nama negara membuatkan perasaannya bercampur baur. "Secara jujur nya saya berasa sangat gementar tapi dalam masa yang sama berasa sangat teruja kerana dipilih untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan akhir Vans Custom Culture Asia di Shanghai bersaing dengan 5 buah negara Asia yang lain iaitu Korea,China,Hong Kong,India dan Singapura. Saya juga sangat teruja dapat bekerjasama dengan artist, Fritilldea sebagai mentor saya. Saya juga amat mengkagumi hasil karya beliau selama ini", ulasnya.

Rekaan Khiddir bertemakan Malaysiana.

Memasuki pertandingan Vans Custom Culture ini dengan satu tujuan, Khiddir mahu menggambarkan budaya malaysia di dalam sepasang kasut Vans. Seperti yang kita semua tahu, Vans adalah jenama bertaraf global tersohor. Peluang keemasan ini digunakan sepenuhnya untuk membawa illustrasi budaya Malaysia ke persada antarabangsa. Bekerja di studio miliknya sendiri, The Canteen Art Cafe di Kuala Pilah, graduan Ijazah dalam bidang grafik di UiTM Melaka ini bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang kreatif dan saling menyokong dalam bidang seni. Kini dia memerlukan sokongan semua rakyat Malaysia dalam mengundinya untuk Malaysia menjuarai pertandingan ini sekaligus mengalahkan lima negara lain. Anda boleh melihat karya dan undi Khiddir di sini. 

Dari kanvas ke kasut.

"Saya mula melukis sejak berumur 7 tahun. Saya sangat meminati komik dan kartun yang mendorong saya untuk melukis. Pada tahun 2015 , saya mula mengambil serius dalam minat melukis untuk dijadikan satu kerjaya apabila saya diberi peluang untuk bekerjasama dalam sebuah galeri iaitu "Dumpster". Di sinilah bermulanya saya melukis bertemakan budaya Malaysia. Kebanyakan tema lukisan saya berdasarkan cerita dari emak dan ayah saya pada zaman 60an-70an. Emak saya akan menulis kisah hidupnya dan saya akan illustrasikan pada kanvas", jelasnya lagi.

Kini giat mempersiapkan diri dan lukisan pada kanvas besar untuk pameran solonya, Khiddir turut sibuk membuat illustrasi digital untuk konsep iklan Fuyoh Collectors Market dan kalendar 2018 Radicare berkolaborasi bersama Dumpster Gallery.

Dapat sokongan penuh dari keluarga.

"Saya mengharapkan seluruh rakyat Malaysia dapat memberikan sokongan dengan mengundi dan teruskan menyokong saya dan mentor saya, Fritilldea demi merealisasikan impian iaitu pengeluaran kasut yang berunsurkan karya Malaysiana dalam pasaran Asia pada tahun 2018", terang Khiddir. Selamat berjaya pada Khiddir dan Malaysia boleh!



Sumber Ayuh Undi Wakil Tunggal Malaysia Menang Pertandingan Akhir Vans Asia Custom Culture

Post a Comment

Previous Post Next Post