Badan berisi, Azharina dedah sebab kenapa sukar kurus

Sering ditanya mengenai tubuhnya yang agak berisi penyanyi Azharina Azhar akhirnya menjelaskan pengambilan ubat adalah punca mengapa dia tidak mampu menurunkan berat badan.

Enggan menjelaskan jenis masalah kesihatan yang dialaminya, kata penyanyi itu, ketika ini dia masih bergantung kepada ubat-ubatan untuk memastikan penyakitnya itu segera sembuh.

“Saya sudah mengambil ubat ubatan ini sejak hampir setahun lalu, sebab itu apabila ada yang tanya mengapa saya tidak cuba kurangkan berat badan, sukar untuk saya kongsi sebabnya.

“Ketika ini saya masih menunggu laporan doktor saya untuk menjelaskan tentang kondisi penyakit yang saya hadapi,” katanya ketika ditemui pada majlis Malam Puisi Negaraku Sehati Sejiwa di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi dekat sini, Jumaat lalu.

Sementara itu juara Gegar Vaganza musim yang ketiga itu juga memberitahu, dia ketika ini dia sedang sibuk mempromosikan lagu duetnya dengan penyanyi Indonesia, Rizal Badilah berjudul Seribu Cinta.

“Lagu ini adalah lagu tema untuk sebuah filem Indonesia. Peminat sebenarnya sudah boleh menikmati lagu ini di YouTube,” ujarnya.

 

Sumber: UTUSAN ONLINE



Sumber Badan berisi, Azharina dedah sebab kenapa sukar kurus

Post a Comment

Previous Post Next Post