Bangladesh tidak akan bersendirian tangani isu Rohingya, kata PM Malaysia

SUBANG: Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia tidak akan membiarkan kerajaan Bangladesh bersendirian dalam menangani isu membabitkan masyarakat Rohingya.

 

Bangladesh tidak akan bersendirian tangani isu Rohingya, kata PM Malaysia

Bangladesh tidak akan bersendirian tangani isu Rohingya, kata PM Malaysia

 

 

Perdana Menteri berkata, kerajaan terpanggil untuk membantu memandangkan malapetaka yang sedang menimpa etnik Rohingya sudah sampai ke tahap yang begitu dahsyat dan tidak boleh dipandang ringan.

Katanya, ini kerana laporan yang diterima oleh kerajaan mengatakan mereka sedang dizalimi tanpa belas kasihan dengan tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan dilakukan dengan terancang termasuk didera, dizalimi, dibunuh, dirogol dan segala perbuatan yang mengerikan.

“Oleh itu, keadaannya sudah sampai ke peringkat di mana kita tidak boleh membiarkan kerajaan Bangladesh saja menampung bilangan pelarian (Rohingya) yang semakin bertambah (di negara itu).

“Mengikut Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia (Md Shahidul Islam), mutakhir ini mereka yang berpindah dan melarikan diri ke negara itu kira-kira 350,000 orang.

“Di Bangladesh, ketika ini sudah ada seramai 500,000 warga Rohingya sedia ada yang melarikan diri sebelum ini. Skala malapetaka ini adalah besar dan oleh itu Malaysia akan lakukan apa yang terdaya untuk membantu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pelepasan pasukan peninjau misi kemanusiaan pelarian Rohingya di Pangkalan Udara Subang, di sini hari ini.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor ketika bacaan doa sebelum pelepasan Misi Kemanusiaan untuk Rohingya di Pangkalan Udara TUDM Subang. – Foto Sairien Nafis

BACAAN doa sebelum pelepasan Misi Kemanusiaan untuk Rohingya di Pangkalan Udara TUDM Subang. – Foto Sairien Nafis

Turut hadir, Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Md Shahidul

Ditanya adakah hadiah Nobel Keamanan yang dianugerahkan kepada Aung San Suu Kyi perlu ditarik balik, Najib berkata ia adalah isu berasingan.

“Tetapi maklum balas diberikan kerajaan Myanmar (berhubung isu Rohingya) amat mengecewakan,” katanya.

Terdahulu, Najib meluangkan masa hampir 20 minit untuk berjumpa dengan pasukan peninjau dan memeriksa barangan misi bantuan ke Bangladesh.

Sebanyak 12 tan barangan makanan sumbangan iM4U turut dibawa di dalam misi kemanusiaan berkenaan, antaranya lampin pakai buang, tuala, beras dan biskut.

Sebuah pesawat Airbus A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa pasukan peninjau bagi misi kemanusiaan untuk Rohingya berlepas ke Chittagong, Bangladesh bagi melaksanakan misi tinjauan yang disertai enam pegawai Angkatan Tentera Malaysia dan seorang pegawai Kementerian Pertahanan serta seorang wakil iM4U.

Misi berkenaan diketuai Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Laksamana Muda Datuk Pahlawan Mohamad Adib Abdul Samad.

Sumber: Bharian



Sumber Bangladesh tidak akan bersendirian tangani isu Rohingya, kata PM Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post