'Baru teringin merasa kasih sayang seorang anak, Allah mengambil isterinya'

Innalillahiwainnahirajiun. Perginya seorang isteri yang disayangi, suami tidak putus-putus membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Apa yang menyedihkan, pasangan ini baru saja mengambil anak angkat, namun Allah lebih menyayangi si isteri. Semoga arwah tenang di sana dan diberikan ketabahan untuk suami, anak dan keluarga yang ditinggalkan. Al-fatihah. 
KISAH SEMALAM. Isterinya berusia 37 tahun meninggal dunia kerana ketumbuhan di perut. Suaminya, seorang pekerja kilang tinggal di Beranang. 
Dalam perjalanan kami, si suami hanya duduk di belakang, ditemani jenazah isterinya. Yang menjadi sebak semasa Hery memandu, alunan suara suaminya mengaji membaca ayat-ayat suci Al-Quran lagi kuat daripada CD yang Hery pasang di radio. Tak putus-putus suaminya membaca kerana perjalanan kami hampir enam jam. 
Dalam masa yang sama, pasangan ini baru sahaja mengambil anak angkat berusia dua tahun. Baru ingin merasa kasih sayang seorang anak, nak merasa suasana kanak-kanak, Allah mengambil isterinya. Kini tinggallah suami dengan anaknya berdua sahaja. 
Ketika Hery imamkan solat jenazah semalam di hospital, kebetulan doa hery berbahasa melayu, menitis air mata suaminya bila mendengar doa yang hery bacakan kepada makmum. 
Semoga si suami tabah meneruskan kehidupan seperti biasa. Kesakitan isterinya telah Allah ambil. Damailah dia di sana. Ameen. 


Sumber 'Baru teringin merasa kasih sayang seorang anak, Allah mengambil isterinya'

Post a Comment

Previous Post Next Post