Bekas Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dakwa Bank Negara rugi RM32 bilion

Bank Negara Malaysia (BNM) mengalami kerugian dalam urus niaga mata wang asing berjumlah RM32.074 bilion antara 1988 sehingga 1994 selepas mengambil kira keuntungan RM2.473 bilion pada 1990.

Bekas Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dakwa Bank Negara rugi RM32 bilion

Bekas Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dakwa Bank Negara rugi RM32 bilion

 

 

 

Bekas Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata angka itu diperoleh berdasarkan maklumat laporan Accounting Treatment Of Losses Arising from Active Reserve Management 1988-1984 bertarikh 18 April 2007.

Beliau mengarahkan bekas Pengurus Akaun BNM, Abdul Aziz Abdul Manaf, menyediakan laporan itu pada 2007 ketika menjawat jawatan sebagai gabenor.

Ketika itu, katanya, BNM giat menyediakan akta baharu bagi menggantikan Akta Bank Pusat Malaysia 1958.

Zeti mengetahui mengenai kerugian urus niaga mata wang asing dialami BNM dari 1988 hingga 1994 apabila timbul berita berhubung kebimbangan serius mengenai pengurusan rizab di BNM, ketika bertugas sebagai ketua di pejabat BNM di London.

“Seterusnya saya menghubungi seorang pegawai kanan di Malaysia untuk mengetahui apa yang berlaku dan diberitahu BNM mengalami kerugian signifikan daripada aktiviti pengurusan rizab,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Bagi Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing BNM Sekitar 1990-an di sini, hari ini.

Sumber: Bharian



Sumber Bekas Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dakwa Bank Negara rugi RM32 bilion

Post a Comment

Previous Post Next Post