KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan sentimen menurun menjelang hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini.
Pada jam 9.21 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,774.92, susut 1.74 mata berbanding penutup semalam, 1,776.66.
Terdahulu, indeks penanda aras itu dibuka 0.37 mata lebih tinggi kepada 1,777.03.
Dalam pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 161 berbanding 154 dengan 222 kaunter tidak berubah, 1,300 tidak didagangkan dan 23 yang lain digantung.
Jumlah saham sebanyak 237.13 juta dengan nilai RM148.76 juta. -Bernama
Sumber Bursa Malaysia dibuka rendah
Tags:
bplus