Caci, fitnah pemimpin Umno, SKMM diminta bertindak

Datuk Ahmad Maslan berkata pemimpin yang difitnah akan diminta membuat laporan kepada SKMM bagi memudahkan usaha mengesan pelaku perbuatan itu. ― Foto oleh Choo Choy MayDatuk Ahmad Maslan berkata pemimpin yang difitnah akan diminta membuat laporan kepada SKMM bagi memudahkan usaha mengesan pelaku perbuatan itu. ― Foto oleh Choo Choy MaySANDAKAN, 10 Sept ― Tiada kompromi terhadap penyebar fitnah yang memburukkan pemimpin Umno menerusi laman sosial, tegas pengerusi Biro Teknologi Maklumat (IT) Umno Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata pemimpin parti yang difitnah akan diminta membuat laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis sebaik sahaja biro mengesan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Pemain media sosial Umno tidak akan berdiam diri hanya menyaksikan pihak kerajaan dicaci dan difitnah sebaliknya akan bertindak menyebarkan fakta, katanya pada perasmian Bengkel Teknikal Maya (BTM) peringkat negeri Sabah dan Labuan anjuran Biro IT Umno Zon Lima di sini, hari ini.

Mengenai penganjuran bengkel itu, Ahmad yang juga timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkata bengkel tersebut mengkhususkan ilmu infografik dan video pendek yang bakal diaplikasikan di laman sosial dari sudut positif.

Katanya peserta bengkel diberi panduan agar hanya memuat naik kenyataan atau komen berunsur positif dan mengelak sama sekali menyebar fitnah di laman sosial.

Ahmad berkata Sabah dipilih untuk penganjuran pertama program BTM dan akan disusuli di 12 negeri lain. ― Bernama



Sumber Caci, fitnah pemimpin Umno, SKMM diminta bertindak

Post a Comment

Previous Post Next Post