SUSPEK yang melibas tiga kenderaan dengan senjata tajam di tempat letak kenderaan di Taman Semarak, Tawau, awal pagi Ahad, sudah ditahan polis.
Suspek berusia 26 tahun ditahan sepasukan polis di satu bangunan di Batu 3, Jalan Apas, pada 11.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata siasatan mendapati ketika kejadian suspek berada dalam keadaan mabuk dan khayal.
“Hasil ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methaphetamine.
“Suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah iaitu pada 2015 dan menerima satu sebatan,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.
Fadil berkata, polis masih menyiasat senjata yang digunakan suspek ketika kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
“Suspek akan direman mengikut Seskyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) bagi membantu siasatan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Sumber Dah kena cekup, khayal katanya masa melibas kereta orang