SURABAYA/WELLINGTON: Satu gempa bumi bawah laut berukuran magnitud 5.7 melanda pantai utara Jawa di Indonesia, hari ini,.
Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) menyebut, gempa berkedalaman 588 kilometer (km) itu berlaku sejauh 125 kilometer dari timur laut Surabaya. Ia pada mulanya dicatat pada kekuatan magnitud 6.0.
Sementara itu, gempa bumi kuat magnitud 6.4 menggegarkan negara kepulauan Pasifik di Vanuatu, namun tiada amaran tsunami atau laporan kerosakan, kata pihak berkuasa.
USGS berkata, gempa dengan kedalaman 200 kilometer (km) itu berlaku sejauh 143 kilometer di tenggara ibu kota Port Vila, pada am 7.09 pagi.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii berkata, tiada ancaman tsunami akibat gempa. - REUTERS/AFP
Sumber Gempa bawah laut di Indonesia, Vanuatu
Tags:
bplus