Hanya 16 pasukan beraksi di Serie A?

MILAN: Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis mahukan jumlah pasukan yang beraksi di Serie A dikurangkan daripada 20 menjadi 16 pasukan.

Kenyataan itu dikeluarkan De Laurentiis menerusi program radio Itali, 24 Mattino, hari ini.

"Pada 1986, hanya 16 pasukan bersaing dalam Serie A. Saya tidak tahu tiba-tiba ia menjadi 20 pasukan," kata penerbit filem Neapolitan itu.

"Jika hanya 16 pasukan beraksi dan satu sahaja pasukan disingkirkan, kita akan lebih gembira dan saingan akan menjadi lebih sengit."

Pada 1988, jumlah pasukan di Serie A ditambah menjadi 19 yang kemudian diubah sekali lagi menjadi 20 pasukan pada 2004.

Presiden Persatuan Bolasepak Itali, Carlo Tavecchio pernah menyatakan sokongannya untuk mengurangkan jumlah pasukan yang bersaing di liga elit negara terbabit.

Walaupun Tavecchio pernah menyatakan ia hanyalah 'sekadar cadangan' pada Januari lalu, namun dia tidak menolak kebarangkalian untuk mengurangkan dua pasukan dalam setiap liga profesional Itali dalam tempoh tiga tahun.

Pengendali Juventus, Massimiliano Allegri juga pernah meluahkan pendapatnya bahawa dia lebih sukakan aksi liga membabitkan 18 pasukan. - Reuters



Sumber Hanya 16 pasukan beraksi di Serie A?

Post a Comment

Previous Post Next Post