Hari pernikahan biasanya dihiasi dengan gelak tawa, senyum gembira bersama keluarga bagi meraikan pengantin baru. Namun, pernikahan pasangan ini diselubungi perasaan sedih apabila pengantin lelaki ini kehilangan ayahanda tercinta di hari bahagianya.
BACA: Kisah Cerai Talak 3 Sebab Mak Mertua Yang Viral
Perkongsian oleh seorang jurugambar, Ayul Rahman di laman sosial Facebook jelas mengundang kesedihan kepada sesiapa yang membaca dan melihat gambar majlis pernikahan itu yang diadakan di Hospital Selayang.
Menurutnya, majlis pernikahan pasangan tersebut dipercepatkan kerana ayah pengantin lelaki sedang sakit tenat di hospital jadi mereka mengambil keputusan untuk bernikah di hospital berkenaan.
Melihat kepada gambar-gambar yang dikongsi oleh Ayul, kami sendiri tak dapat menahan sebak melihatnya serta membayangkan perasaan dialami pengantin lelaki pada ketika itu.
Selepas selesai majlis nikah, mereka mendapat panggilan kecemasan daripada pihak doktor kerana ayahnya dilaporkan nazak dan beberapa minit kemudian, ayahnya kembali ke Rahmatullah.
Ramai pengguna laman sosial turut bersedih apabila membaca perkongsian ini dan tidak kurang ada yang mengalirkan air mata kerana terlalu sedih.
Alhamdulillah mereka sempat bernikah sebelum ayah tercinta pergi buat selama-lamanya dan semoga kedua-dua keluarga ini tabah di atas dugaan yang diberi olehNya.
Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan yang beriman. Al-Fatihah.
BERITA TERKINI:
Rakyat Malaysia Dilarang Kahwin Di Mekah
Kuda Pengsan Bawa Pengantin
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram