Jiran rotan lelaki 52 tahun bertengkar dengan isteri

Suspek dipercayai memukul jirannya berulang kali dengan rotan di Klang gara-gara kerana dimarahi ketika dia cuba meredakan pertengkaran antara mangsa dan isterinya.

VIDEO INSIDE

man-beat-oldman2PETALING JAYA: Polis mencari seorang lelaki yang memukul jirannya berusia 52 tahun berulang kali dengan rotan di Klang gara-gara kerana dimarahi dipercayai ketika dia cuba meredakan pertengkaran antara mangsa dan isterinya.

Insiden itu kini menular di media sosial.

Lelaki yang dikatakan menjadi mangsa membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Klang semalam.

Klip video yang berdurasi 1 minit dan 43 saat menunjukkan seorang lelaki dan seorang wanita yang menangis duduk di lantai di sebuah rumah sementara seorang lelaki kelihatan bercakap dalam Hokkien meminta wanita itu beredar ke tepi sebelum dia memukul mangsa yang berlutut.

Dalam pada itu di belakang mangsa seorang kanak-kanak kelihatan menangis dengan kuat.

Menurut kenyataan polis yang dikeluarkan hari ini, mangsa dikatakan telah memarahi suspek yang datang ke rumahnya dan campur tangan ketika dia bertengkar dengan isterinya kira-kira 3.30 petang, 6 September lalu.

Ia membawa kepada suspek untuk memukul mangsa sementara seorang lagi merakamkan kejadian.

Kenyataan itu berkata: “Pada 6 September 2017, semasa pengadu (mangsa) berada di rumah dan sedang bergaduh dengan isterinya, datang jiran pengadu untuk melihat apa yang terjadi lalu pengadu memarahi lelaki tersebut kerana cuba masuk campur hal pengadu.”

“Tidak lama kemudian datang 2 lelaki lain, seorang memukul pengadu dengan menggunakan rotan panjang manakala seorang bertindak merakam kejadian pengadu dipukul.”

Menurut kenyataan itu, punca pengadu dipukul adalah kerana telah memarahi suspek dengan kata-kata lucah.

“Suspek dikenal pasti sebagai jiran pengadu. Usaha mengesan suspek masih diteruskan,” kata kenyataan itu lagi.

Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian bahu sebelah kanan, paha kiri, punggung dan betis kanan menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Jiran rotan lelaki 52 tahun bertengkar dengan isteri

Post a Comment

Previous Post Next Post