Ketua Polis daerah, Superintenden Mohad Idris Samsuri berkata, kejadian itu disedari pada pukul 9.35 pagi ini oleh pekerja syarikat penyelenggara peralatan terbabit di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati tiang kamera AES terbabit telah tumbang dan peralatan-peralatan di dalam alat terbabit dipercayai dicuri.

“Sehingga kini, polis masih mengesan pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan perbuatan khianat tersebut dan dipercayai ia mungkin dilakukan pada waktu malam,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

 

Sumber: UTUSAN ONLINE