“Kebanyakan yang buat laporan bukan mangsa kerana majlis mereka belum berlangsung, jadi tidak ditipu” – Peguam Zurin Jundi wedding planner kontroversi

KLANG – Kebanyakan 91 individu yang terlibat membuat laporan polis terhadap pemilik perniagaan perancang perkahwinan terkenal Zurin Jundi, Zurina Ahmad Jundi bukanlah mangsa penipuan.

 

 

"Kebanyakan yang buat laporan bukan mangsa kerana majlis mereka belum berlangsung, jadi tidak ditipu" - Peguam Zurin Jundi wedding planner kontroversi

“Kebanyakan yang buat laporan bukan mangsa kerana majlis mereka belum berlangsung, jadi tidak ditipu” – Peguam Zurin Jundi wedding planner kontroversi

 

Sebaliknya menurut peguam dan juga wakil kepada Zurina, Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar, hampir kesemua yang membuat laporan polis belum melangsungkan perkahwinan masing-masing.

“Mereka tidak boleh dipanggil mangsa kerana mereka tidak ditipu oleh Zurin Jundi.

 

“Mereka membuat laporan polis sebagai langkah keselamatan sekiranya berlaku apa-apa deposit mereka. Saya pasti selepas sidang media ini, mereka akan faham,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

 

Menurut Muhamad Akmal lagi, pihaknya tidak pernah menipu sesiapa atau mana-mana pihak sepanjang hampir 10 tahun melebarkan perniagaan di negara ini.

“Kami faham, disebabkan isu viral ini, mereka semua rasa terancam dan hilang kepercayaan terhadap kami. Lantas menyebabkan mereka ingin menuntut semula duit yang mereka persetujui untuk diberikan kepada kami.

“Ingin kami tekankan, istilah mangsa tidak pernah wujud kerana kami tidak pernah menipu. Sebagai pelanggan, mereka berhak berasa terancam tetapi ini adalah sesuatu tidak benar sekiranya mereka mengklasifikasikan diri mereka

sebagai mangsa dan perkara ini telah disensasikan oleh pihak yang tidak

bertanggungjawab,” jelasnya.

Pada 31 Ogos lalu, Mah­kamah Majistret Klang telah mengeluarkan perintah reman selama dua hari sehingga semalam ke atas suspek bagi membantu siasatan dakwaan kes penipuan pakej perkahwinan yang membabitkan kira-kira 100 pasangan dan bakal pengantin.

Zurina dikatakan ditahan namun dibebaskan semula selepas disiasat.

 
Sumber: Sinar


Sumber “Kebanyakan yang buat laporan bukan mangsa kerana majlis mereka belum berlangsung, jadi tidak ditipu” – Peguam Zurin Jundi wedding planner kontroversi

Post a Comment

Previous Post Next Post