Kenaikan kos dan kekurangan pekerja, restoran mamak kini bukan lagi 24 jam. Habislah, nak lepak mana nanti?

Pengunjung restoran mamak mungkin tidak lagi dapat menikmati nasi kandar atau teh tarik 24 jam seperti amalan sekarang.

Kenaikan kos dan kekurangan pekerja, restoran mamak kini bukan lagi 24 jam. Habislah, nak lepak mana nanti?

Kenaikan kos dan kekurangan pekerja, restoran mamak kini bukan lagi 24 jam. Habislah, nak lepak mana nanti?

 

 

Akibat kekurangan pekerja dan kenaikan kos, Persatuan Pengusaha Muslim Malaysia (Presma) berkata ada pemilik yang ingin bertukar pada waktu biasa.

Menaikkan harga pula bukanlah pilihan yang sesuai, kata presidennya Ayoob Khan Muhamad Yakub seperti dilapor akhbar The Star hari ini.

“Ia akan menjejaskan pelanggan kerana mereka sensitif terhadap kenaikan harga. Kami masih mengekalkan harga tetapi untungnya kecil,” katanya.

Presma bercadang memperkenalkan khidmat layan diri di restoran mamak, namun anggota-anggota persatuan itu berbelah bahagi.

Sudah ada yang mencuba langkah ini tetapi tidak jadi kerana pelanggan cenderung membazir, kata Persatuan Usahawan India Muslim Johor (Perusim).

Setiausahanya Hussein Ibrahim menambah pekerja asing dari India kini kurang berminat kerana nilai mata wang Malaysia makin rendah.

Sementara pekerja Bangladesh pula hanya berminat bekerja selama lapan jam di restoran kerana ingin bekerja sambilan dengan majikan lain.

Terdapat kira-kira 4,000 restoran 24 jam yang dimiliki ahli Presma.

Sumber: Malay Mail



Sumber Kenaikan kos dan kekurangan pekerja, restoran mamak kini bukan lagi 24 jam. Habislah, nak lepak mana nanti?

Post a Comment

Previous Post Next Post