Dalam video itu, Michael berasa terkejut dengan tindakan Fathia yang selama ini dikenali sebagai seorang pelakon yang menjaga tertib sebagai seorang muslim.
“Kenapa dia (Fathia) menari macam ni, dalam drama pegang tangan pun tak nak,” kata Michael.
Komen 'pedas' Micheal itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen, malah tidak kurang juga yang bersetuju dengan sindiran Michael selain menyifatkan perlakuan Fathia di dalam video itu sebagai memalukan.
Fathia sebelum ini menafikan dirinya terlibat dalam video Bigo Live yang tular di laman sosial sejak Jumaat lalu.
BACA: Saya hanya manusia biasa - Fathia Latiff
Namun, pelakon ini akhirnya tampil membuat pengakuan pada Selasa bahawa dialah wanita menari seksi di dalam video tersebut selain membuat permohonan maaf.
BACA: Menari seksi: Fathia Latiff mengaku malu
Pelbagai reaksi diberikan netizen selepas pengakuan dibuat Fathia termasuk yang menyuruh bekas kekasih pelakon Aiman Hakim itu menjadikan perkara tersebut sebagai pengajaran.
Tidak kurang juga yang menyelar tindakan Fathia dan menganggap dia tidak berfikir sebelum bertindak melakukan sesuatu.
Sumber Kenapa menari macam ni? Dalam drama pegang tangan pun tak nak - Michael Ang