Kisah ngeri yang dilupakan yang pernah mengemparkan Malaysia suatu ketika dahulu

Kisah ngeri yang dilupakan yang pernah mengemparkan Malaysia suatu ketika dahulu

Kisah ngeri yang dilupakan yang pernah mengemparkan Malaysia suatu ketika dahulu

Ular sawa adalah salah satu spesies ular terbesar di muka bumi. Dengan tubuh besarnya itu, tidak pelik jika ular sawa ini boleh menelan seekor kambing, bahkan lembu.

Namun, walaupun ular sawa boleh menelan apa saja yang lebih besar darinya, jarang sekali dengar kes ular sawa menelan manusia hidup-hidup.

Di Malaysia pernah digemparkan dengan berita seorang lelaki yang ditelan hidup-hidup oleh ular sawa kira-kira 22 tahun lalu.

Lelaki tersebut dikenali dengan nama E Heng Cuhan (29) yang dijumpai dalam keadaan dibelit ular sawa seberat 140 kg berhampiran rumahnya, di daerah Segamat, Johor, Malaysia, pada 4 September 1995.

Dilaporkan sebelum kejadian, mangsa dipercayai berjalan menuju ke bangsal berdekatan rumahnya kira-kira jam 8 malam bagi menutup suis generator air kolam.

Bagaimanapun ketika mangsa sampai di sana, ular itu menyerang Heng Chuan dengan mengigit dan membelit lelaki itu sebelum bertindak menelannya.

Kemungkinan terjadi pergelutan agak lama sebelum mangsa meninggal, dilihat dari keadaan bangsal yang semak berubah menjadi lapang.

Ianya tidak mustahil, ini kerana kejadian hanya disedari abang mangsa, E Seng Guan, 32, yang keluar mencari adiknya yang tidak kembali ke rumah, kira-kira 30 minit selepas keluar untuk menutup suis generator tersebut.

Seng Guan mencari adiknya di kawasan tersebut pada jam 8.30 malam namun tidak berjaya menjumpainya.

Ketika tiba di sana buat kali kedua, Seng Guan menjumpai seekor ular sawa sedang membelit dan cuba menelan adiknya dari bahagian kepala, namun dia tidak berupaya melakukan apa-apa disebabkan terlalu terkejut.

Dia kemudian segera kembali ke rumah untuk memaklumkan ibunya, Lim See Mek, 51. Selepas itu mereka melaporkan kejadian itu ke pondok polis pekan Tenang Stesen bagi mendapatkan pertolongan.

Polis menerima maklumat tentang kejadian itu kira-kira jam 11 malam, namun ketikaitu tidak mempunyai sebarang gambaran tentang kemungkinan yang akan dihadapi.

Dalam kegelapan malam itu, sepasukan lima anggota polis bersama Seng Guan dan seorang penduduk kampung pergi ke tempat kejadian. Mereka membawa lampu picit dan bersenjatakan M16.

Seorang anggota polis melepaskan empat das tembakan bagi membunuh ular tersebut untuk menyelamatkan mangsa, namun Heng Chuan dipercayai telah mati di tempat kejadian kerana terlalu lama dibelit dengan kuat.

Selepas itu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Segamat untuk dibedah siasat manakala bangkai ular sawa besar tersebut dibawa ke pondok polis Tenang Stesen.

Seorang anggota polis yang turut serta operasi sewaktu itu, Lans Koperal Razib Ujang, 30, menggambarkan bunyi ular sawa itu sewaktu mahu menelan mangsa amat mengerikan.

Ular itu berbunyi seperti menyedut, kemudian kedengaran bunyi seperti ia menghembuskan nafasnya. Pada waktu yang sama, ular itu menggeleng seperti mahu memastikan kepala dan badan mangsa masuk ke dalam mulutnya.

Kejadian itu turut membimbangkan penduduk di sekitar Tenang Stesen dan Redong terutama penoreh getah, yang risaukan keselamatan mereka dengan beranggapan pasangan ular yang mati dibunuh itu akan keluar mencari temannya, terutama di dalam paya dan semak berdekatan kebun getah tempat mereka menoreh.

Timbalan Pengarah Penguatkuasaan, Jabatan Perhilitan dan Taman Negara (Perhilitan) Ibu Pejabat, Celescoriano Razond dalam mengulas tindakan agresif ular sawa menyerang manusia berkata, ada beberapa punca kenapa ular sawa akan bertindak terhadap manusia, terutama kerana lapar atau diganggu.

“Mangsa yang ternampak ular yang terlalu besar akan terkejut dan mungkin boleh pengsan. Jika pengsan atau terjatuh, ia akan memudahkan ular menyerang.

“Ular sawa biasanya ambil masa untuk belit mangsanya, ini bermakna seseorang itu masih ada masa untuk melepaskan diri tetapi bergantung kepada kekuatan dan semangatnya,” katanya.

Menurut beliau, kejadian ular sawa membelit manusia sangat jarang dilaporkan namun pernah terjadi di Kuala Krai, Kelantan pada 1985 selepas mangsa dijumpai meninggal dalam keadaan tulangnya patah dibelit reptilia itu.

Bagaimanapun ular tersebut melarikan diri. Pada 17 Februari lalu, seorang buruh warga Indonesia, Sapar, 55, turut maut dibelit ular sawa dan hampir ditelan di Jabor, Terengganu.

Diolah semula dari Mynewshub.cc

Via: Laicikang

 



Sumber Kisah ngeri yang dilupakan yang pernah mengemparkan Malaysia suatu ketika dahulu

Post a Comment

Previous Post Next Post