Lelaki Arab pula jadi pemandu teksi haram di KLIA

Sebuah kereta yang didakwa terlibat sebagai teksi haram di KLIA seperti didedah di Facebook Pengurusan Perihal Subur, 11 September 2017.Sebuah kereta yang didakwa terlibat sebagai teksi haram di KLIA seperti didedah di Facebook Pengurusan Perihal Subur, 11 September 2017.KUALA LUMPUR, 21 Sept — Seorang lelaki Iraq ditahan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana menjalankan aktiviti teksi haram atau prebet sapu.

Beliau ditahan setelah memujuk pelancong asing yang baru tiba di lapangan terbang KLIA agar menggunakan khdimatnya, lapor Harian Metro.

Lelaki itu dikesan menggunakan van pelancong milik sebuah syarikat tetapi permitnya telah tamat tempoh pada Jun lalu.

“Kami mengesan seorang lelaki dipercayai dari Asia Barat memujuk satu keluarga pelancong yang baru tiba di KLIA,” kata seorang jurucakap SPAD.

“Kami mendapati mereka bergerak ke sebuah van milik lelaki itu dan memasukkan bagasi pelancong terbabit. Individu itu ditahan serta-merta oleh anggota SPAD.”

Menurut jurucakap itu lagi, lelaki terbabit tidak memiliki lesen pengendali perkhidmatan awam.



Sumber Lelaki Arab pula jadi pemandu teksi haram di KLIA

Post a Comment

Previous Post Next Post