Netanyahu adakan pertemuan empat mata dengan Trump

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akhir bulan ini.

Netanyahu berkata, kunjungannya ke New York itu adalah bersempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan beliau dijangka menyampaikan ucapannya pada 26 September ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita yang mengikuti lawatannya ke Amerika Latin, sebelum berlepas dari Tel Aviv menuju ke Argentina, semalam.

Selain Argentina, Netanyahu juga dijadualkan mengunjungi Colombia dan Mexico sebelum berlepas ke New York. - Reuters



Sumber Netanyahu adakan pertemuan empat mata dengan Trump

Post a Comment

Previous Post Next Post