NGO Islam minta sultan sekat pesta arak di Selangor

Pesta arak ‘Better Beer Festival’ yang dilarang DBKL dikhuatiri dibawa ke Selangor hingga mendorong NGO Islam meminta campur tangan sultan. — Foto AFPPesta arak ‘Better Beer Festival’ yang dilarang DBKL dikhuatiri dibawa ke Selangor hingga mendorong NGO Islam meminta campur tangan sultan. — Foto AFPKUALA LUMPUR, 22 Sept — Sepuluh NGO Islam hari ini menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor supaya campur tangan bagi menyekat penganjuran pesta arak.

Mereka bimbang pesta arak “Better Beer Festival” yang dibatal akibat larangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dibawa ke Selangor, lapor New Straits Times.

Jurucakap kumpulan Nazilah Idris berkata memorandum tersebut sebagai peringatan supaya pesta itu tidak dianjur di negeri ini.

“Penganjur rancan anjurkan pesta arak di Kuala Lumpur tapi dihalang DBKL. Kami tak mahu mereka bawa ke sini (Selangor),” katanya.

Tanpa menyebut nama, beliau berkata kebimbangan itu berikutan ada exco negeri menyatakan Selangor terbuka kepada pesta tersebut.

Kumpulan itu diwakili 14 individu daripada 10 NGO, lapor akhbar itu.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.



Sumber NGO Islam minta sultan sekat pesta arak di Selangor

Post a Comment

Previous Post Next Post