Pogo the Clown: Kisah si badut syaitan gay yang telah merogol dan membunuh puluhan remaja lelaki

Pasti ramai antara kita yang berumur lingkungan 30-an merasakan yang badut merupakan sesuatu yang menakutkan.

Mungkin tidak ramai yang tahu mengapa, tetapi adakah ianya ada kaitan dengan filem IT yang baru sahaja keluar ke panggung wayang?

 

Bagi mereka yang tidak mengetahui, filem IT 2017 merupakan satu filem remake ke atas filem mini-series Stephen King yang turut berjudul IT yang dikeluarkan pada tahun 1990.

Dalam filem tersebut, watak ‘Pennywise the Dancing Clown’ merupakan satu raksasa fiksyen yang memakan kanak-kanak yang dalam ketakutan setiap 27 tahun di mana modus operandi badut ini adalah dengan menakutkan kanak-kanak dan memakannya.

Namun begitu, 7 orang kanak-kanak mengagahkan diri dan berani melawan badut ini. Kerana tidak takutkan badut tersebut, Pennywise tidak boleh mengalahkan sekumpulan kanak-kanak ini untuk memakan mereka.

Tetapi, tahukah anda sebenarnya di dunia ini pernah wujud satu badut syaitan bernama ‘Pogo the Clown’?

Pogo the Clown: Kisah si badut syaitan gay yang telah merogol dan membunuh puluhan remaja lelaki

Pogo the Clown: Kisah si badut syaitan gay yang telah merogol dan membunuh puluhan remaja lelaki

Nama sebenar ‘Pogo the Clown’ ini ialah John Wayne Gacy. Dia dilahirkan pada tahun 1942 di Chicago Illinois, dengan keadaan fizikalnya yang gemuk dan lembik sewaktu kecil dia sering mendapat tekanan dari ayahnya. Bapanya mengelarkannya ‘sissy’ dan ‘anak mak’ serta tidak percaya yang dia boleh berjaya dalam hidup. Dia juga tidak dibenarkan bersukan atas masalah jantung.

Namun begitu, kehidupannya tidak gagal kerana dia berjaya membuktikan kepada bapanya ketika tahun 1966 apabila dia berjaya menguruskan 3 cawangan KFC milik bapa mertuanya. Dia juga dikatakan seorang lelaki yang baik kerana selalu membuat aktiviti amal kebajikan.

Tujuannya membuat amal kebajikan adalah sebenarnya sebagai lubuk dia bagi mencari mangsa. Sering kali keluar berita yang mengatakan yang dia terlibat dengan kegiatan homoseksual. Walaupun keluar berita yang tidak menyenangnya Gacy dilihat sebagai seorang insan yang cemerlang.

Pembunuhan pertama dilakukannya ialah pada tahun 1972 ke atas seorang mangsa bernama Timothy Mc Coy, 15 tahun. Sepanjang 7 tahun, dia dikatakan telah membunuh lebih daripada 33 orang mangsa yang berumur dalam lingkungan 15 hingga 21 tahun di mana pembunuhan terakhirnya berlaku pada tahun 1978.

Modus operandi dia adalah dengan memujuk mangsa bagi mendapatkan kepercayaan mangsa, kemudian dia akan membuat helah menggunakan gari. Apabila mangsa rela hati menawarkan diri mereka kemudian terjerat dan apabila mangsa tidak boleh melepaskan diri, mangsa kemudiannya di rogol, di seksa secara teknik tourniquet dan di jerut leher sehingga mati. Mulut mangsa juga akan disumbat kain, agar tidak menjerit. Mayat kemudiannya akan di tanam di basement rumahnya yang digelar sebagai ‘crawl space’.

Dia akhirnya diberikan hukuman mati menggunakan suntikan maut pada tahun 1994 setelah siasatan ke atas pembunuhannya berakhir. Kata-kata terakhir dia sebelum mati ialah “Kiss My Ass”. Selepas kematiannya otaknya di ambil oleh Dr. Helen Morrison sebagai bahan kajian pesakit sociopath.

 

Sumber: Amazingnara



Sumber Pogo the Clown: Kisah si badut syaitan gay yang telah merogol dan membunuh puluhan remaja lelaki

Post a Comment

Previous Post Next Post