KUALA LUMPUR, 21 Sept ― Pesta bir bulan depan terpaksa dibatalkan kerana ia menjadi sasaran serangan pengganas, kata ketua polis negara.
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun juga berkata sabotaj sedang dirancang kerana mereka menganggap pesta bertentangan dengan perjuangan mereka.
“Maklumat juga mendedahkan bahawa wujud beberapa pihak yang merancang untuk menimbulkan kekacauan semasa festival tersebut berlangsung dan [tindakan] ini bakal menimbulkan satu situasi keselamatan,” katanya dalam kenyataan.
Susulan maklumat tersebut, tambah Fuzi, polis mengambil tindakan untuk membantah penganjuran pesta bir itu.
Pesta yang dijadual diadakan di pusat beli-belah Publika di sini tidak diluluskan permitnya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur baru-baru ini.
Baca seterusnya di Malay Mail Online
Sumber Polis: Pesta arak dibatal sebab jadi sasaran militan
Tags:
PMMO