GEORGE TOWN, 21 Sept ― Selepas dilanda banjir kilat minggu lalu, kira-kira 20 kawasan di Pulau Pinang digenangi air hujan pagi ini.
Sehingga tengah hari, 108 mangsa bah di Teluk Kumbar terpaksa dipindahkan susulan kenaikan air selepas hujan lebat sejak malam tadi.
Kawasan terbabit, yang dinaiki air sehingga 600mm, termasuklah Kampung Sulup, Kampung Nelayan dan Kampung Paya.
Sungai Pinang dan Sungai Air Itam, dua sungai utama di bahagian pulau, mencecah tahap berbahaya, 2.33 meter dan 6.36 meter.
Susulan itu, Jalan P Ramlee digenangi air antara 0.1 meter hingga 0.3 meter sejak 9 pagi tadi.
Kampung Sethu, Taman Jawi Jaya, Jalan Sungai Jawi dan Kampung Baru Simpang Empat di Seberang Perai Selatan banjir antara pukul 7 hingga 10 pagi ini.
* Baca seterusnya di Malay Mail Online.
Sumber Pulau Pinang bah lagi, 108 orang terpaksa dipindah
Tags:
PMMO