Rafael Nadal juarai kejohanan tenis Terbuka AS

NEW YORK: Rafael Nadal telah mengalahkan Kevin Anderson 6-3, 6-3, 6-4 untuk memenangi kejohanan tenis Terbuka Amerika Syarikat pada Ahad, sekaligus memenangi grand slam kedua pada musim ini, dan yang ke 16 dalam kerjayanya.

Manakala perlawanan tenis wanita menonjolkan tiga pemenang grand slam pada musim ini dan dalam perlawanan tenis lelaki pula, Nadal dan Roger Federer memenangi kebanyakkan pertandingan.

Kejohanan tenis terbuka Amerika Syarikat kali ini adalah kali keempat untuk Nadal dan kali ketiga beliau memenanginya.

Ini juga merupakan kali pertama beliau tidak berdepan dengan Novak Djokovic.

Pemain nombor satu dunia itu, memberikan tekanan yang berterusan kepada pemain Afrika Selatan yang tinggi lampai itu.

Untuk Anderson 31, cita-citanya untuk memenangi grand slam tidak tercapai oleh kerana prestasi Nadal yang hampir sempurna dengan hanya 11 kesalahan.



Sumber Rafael Nadal juarai kejohanan tenis Terbuka AS

Post a Comment

Previous Post Next Post