Mohd Fikri Izani, 26 yang merupakan Pengurus Syarikat KAB Adil Resources dan Noormazida Mukhtar, 28, pembantu tadbir, Jabatan Dietetik dan Sajian HSNZ didakwa mengemukakan tuntutan palsu tersebut melalui Pesanan Kerajaan, berjumlah RM211, 646 .
Bagi pertuduhan pertama dan kedua, mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 11 Jun dan 3 Julai lalu membabitkan butiran palsu berjumlah RM98,580 mengenai membekal dan menghantar bekalan telur untuk masakan dan minuman ke jabatan Noormazida bekerja.
Tuduhan ketiga hingga keenam membabitkan kesalahan yang sama berjumlah RM113,066 iaitu mengenai membekal dan menghantar telur ke jabatan yang sama antara 12 Feb, 15 Feb dan Feb 31 Mei 2017.Berdasarkan pertuduhan, mereka berbuat demikian bagi mengelirukan penolong akauntan dan sebenarnya pembekalan dan penghantaran susu serta telur itu tidak dilakukan pada tarikh-tariKh yang dinyatakan dalam butiran tuntutan.
Mereka didakwa melakukan keenam-enam tuduhan itu di pejabat Jabatan Dietetik dan Sajian HSNZ di sini.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali jumlah butiran palsu atau RM10,000 atau mana yang paling tinggi.
Hakim Mohamad Haldar Abd Aziz membenarkan ikat jamin sebanyak RM13,000 setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Sept 2017 untuk sebutan kes.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Amer Abu Bakar Abdullah.
-- BERNAMA
Sumber Suami isteri didakwa kemuka tuntutan palsu babitkan RM211,646