Teruja hibur peminat di luar KL

Konsert Fiesta D’Tasik yang diadakan di Pengkalan Gawa, Tasik Kenyir, Terengganu baru-baru ini meriah dengan persembahan Ameng Spring, Aris Ariwatan, Aiman Tino, Wany Hasrita dan Tajol.

Kehadiran tiga artis muda fenomena itu sememangnya dinantikan peminat.

Aiman yang jadual seninya sentiasa padat gembira dapat menghiburkan peminatnya di sana.

“Inilah peluang saya bertemu peminat di luar Kuala Lumpur (KL) dan dengan adanya pesta sebegini yang diadakan sempena Festival Kenyir 2017 ia boleh merapatkan hubungan dengan peminat walau di mana saja mereka berada,” katanya.

Konsert itu turut disaksikan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah Omar Ismail. Sementara Rida Suzirawati Muda dari Terengganu.FM pula bertindak selaku Penyelaras Program Festival itu.

Semua artis itu juga dibawa mengelilingi Tasik Kenyir dengan menaiki Pesona House Boat yang turut dilengkapi karaoke.

Ujar Wany, peluang menaiki bot itu secara tidak langsung memberi peluangnya berehat sambil menikmati keindahan alam sekitar.

Festival Kenyir itu diadakan untuk memperkenal serta mempromosikan tasik itu kepada pelancong tempatan dan luar negara sempena Tahun Melawat Terengganu 2017.

Pelancaran festival itu disempurnakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.



Sumber Teruja hibur peminat di luar KL

Post a Comment

Previous Post Next Post