Wany Hasrita dan Tajul disunting syarikat rakaman India untuk nyanyi OST filem Bollywood

LAGU Disana Cinta Disini Rindu kini menjadi siulan netizen dan makin mendapat tempat di corong-corong radio.

 

Wany Hasrita dan Tajul disunting syarikat rakaman India untuk nyanyi OST filem Bollywood

Wany Hasrita dan Tajul disunting syarikat rakaman India untuk nyanyi OST filem Bollywood

 

 

Penyanyinya, Wany Hasrita dan Tajul merupakan pendatang baharu yang berjaya memenangi hati pendengar dengan suara lunak mereka.

Malah, kedua-dua versi klip video duet mereka itu telah mencapai tontonan gabungan sebanyak 23.2 juta kali sejak dimuat naik 3 bulan lalu!

Disebabkan populariti luar biasa itu, pasangan duet ini disunting oleh satu syarikat produksi dari India untuk menyanyikan lagu berbahasa Hindi sebagai official sound track (OST) bagi satu filem Bollywood.

 

Wany dan Tajul yang dilamar syarikat produksi berkenaan menerusi syarikat rakaman FMC Music itu dijangka akan ke India pada hujung tahun ini bagi sesi rakaman lagu tersebut.

Menurut penyanyi lagu Sedalam Dalam Rindu ini, pihak FMC Music masih lagi dalam peringkat perbincangan dengan syarikat produksi itu.

“Mereka menawarkan peluang kepada kami menyanyikan lagu Hindi. Rakaman dilakukan di India dan segala kos ke sana ditanggung sepenuhnya oleh syarikat produksi itu.

“Jika tiada aral, filem yang akan menampilkan barisan pelakon Bollywood popular itu akan ditayangkan tahun depan,” kata Tajul dipetik laporan Harian Metro.

Bukan semua penyanyi dapat peluang keemasan seperti ini, lagi-lagi pendatang baharu industri. Menurut Tajul, tawaran berkenaan merupakan peluang untuknya mengembangkan lagi bakat dan karier ke tahap yang lebih tinggi.

Namun, Tajul akan tetap mempertimbangkan tawaran tersebut berikutan jadualnya yang padat dan faktor jarak yang jauh.

Khabarnya, adik kepada Allahyarham Achik Spin ini agak penat kerana banyak undangan nyanyian yang perlu dipenuhi sejak dia mula berkecimpung dalam bidang nyanyian akhir tahun lalu.

Bukan itu sahaja, malah Tajul kini sudah bergelar pelakon apabila dia ditawarkan berlakon dalam filem Enjin No. 9 arahan Raja Azmi. Filem ini juga merupakan filem arahan pertama Raja Azmi yang sebelum ini dikenali sebagai produser.

“Memang agak penat. Saya sibuk sejak beberapa bulan lalu sehingga September ini. Habis saja penggambaran filem Enjin No.9, saya terus ke Singapura untukAnugerah Planet Muzik (APM).

“Sekembali dari sana, saya masuk set penggambaran video muzik single terbaru,Melamar Rindu, selepas itu terus ke Johor selama seminggu,” katanya.

Walaupun Tajul mengakui sedikit penat dengan jadualnya yang padat, namun penyanyi berusia 19 tahun ini tidak pernah kesal dengan kerjayanya sekarang.

“Satu demi satu rezeki dikurniakan buat saya. Tempoh hari tawaran berlakon, kemudian tercalon di APM dan kemudian tawaran lagu duet Hindi pula. Ini semua rezeki yang sangat saya hargai.

“Saya tidaklah sampai tahap mengeluh, cuma tiada masa untuk berehat. Ada kala saya terfikir juga perlu masa sehari dua untuk berehat,” tambahnya.

Tajul dan Wany juga tercalon dalam kategori Lagu Paling Popular APM menerusi lagu Disana Cinta Disini Rindu. Acara ini bakal berlangsung di Singapura pada 14 Oktober ini.

Sumber: MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

 



Sumber Wany Hasrita dan Tajul disunting syarikat rakaman India untuk nyanyi OST filem Bollywood

Post a Comment

Previous Post Next Post