10 Fakta Menarik Filem Tombirou: Penunggu Rimba Yang Kau Perlu Tahu

10 perkara tentang filem #Tombiruo yang patut anda tahu.

1. Dato’ M. Nasir dan Isterinya Datin Marlia Musa berganding bersama sebagai pasangan suami isteri dalam naskhah ini.

2. Gandingan Faye Kusyairi, Dynaz Mokhtar dan Marlia Musa amat tepat dalam pemilihan sebagai anak beranak, wajah dan karekter ada persamaan.

3. Hanya Zul Ariffin layak memegang watak Ejim. Percayalah.

4. Kerinduan terhadap Faisal Hussein terubat sungguh!

5. Ini naskhah Malaysia yang sangat baik dan wajar dipuji kerana menampilkan Gunung kesayangan kita semua, Akinabalu sebagai latar cerita.

6. Pengarah dan Penerbit bijak mendramakan beberapa aksi dan suasana dan menjadikan ia lebih terkesan dari novel. Ini saya puji.

7. Iya, kau akan cakap novel lebih sedap kerana rasa terlalu cepat kisah ini berjalan di dalam pawagam.

8. Jam tangan Nabila Huda lawa sekali. Jenama apa eh?

9. Jika Farid Kamil terus menjiwai watak dalam pencak silat, dia pasti kan diangkat sebagai watak penting dalam budaya Melayu kita selepas ini.

10. Kesan khas yang dibuat sangat-sangat bagus. Ia mencerminkan filem kita setanding dengan filem hebat antarabangsa.

Tahniah Ramlee Awang Murshid, Karangkraf, Astro Shaw dan seluruh team. Ia bagus ya amat. Saya puji dengan sepenuh hati.

Filem wajib tonton untuk seluruh rakyat Malaysia!

“Jika kau sanggup menjadi saudaraku, aku juga sanggup menjadi saudaramu.”

#SokongFilemMalaysia

Khairul Hakimin Muhammad


Sumber 10 Fakta Menarik Filem Tombirou: Penunggu Rimba Yang Kau Perlu Tahu

Post a Comment

Previous Post Next Post