Banyak pepatah lama mengatakan yang wang tidak dapat membeli segalanya dan sudah tentu wang tidak dapat membeli kebahagiaan.
Namun, tanpa wang juga, manusia boleh merana kerana banyak perkara yang memerlukan kita mengunakan wang untuk mendapatkannya.
Kajian menunjukkan yang kuasa dan tanggungjawab menyebabkan seseorang itu lebih terdedah kepada tekanan, kerunsingan, kemurungan dan stres.
Dapatan kajian juga menemukan yang orang yang super berjaya cenderung untuk mengalami tekanan. Berikut adalah 6 sebab kenapa orang yang super berjaya mudah untuk berasa tertekan.
#1-Miliki Masa Yang Terhad Untuk Diri Sendiri Dan Keluarga.
Ambil masa yang lama serta usaha yang banyak untuk membina empayar bisnes.
Usahawan yang super berjaya akan melaburkan kebanyakkan masa mereka di luar bagi memastikan mereka dapat merealisasikan impian atau matlamat hidup mereka.
Namun, sayangnya ,demi mengejar impian hidup ini, mereka acapkali terlepas beberapa detik penting dalam kehidupan seperti perjumpaan dan keraian dalam keluarga, masa bersama anak-anak dan setiap peristiwa perkembangan mereka.
Momen-momen dalam keluarga inilah yang sebenarnya yang akan mestabilkan emosi dan sentiasa menjadi pemacu kepada keinginan kita untuk lebih berjaya.
Tanpa momen-momen kehidupan yang berkualiti seperti yang di atas, mana-mana individu akan mudah berasa tertekan
#2-Persaingan Sengit Yang Berterusan.
Semakin hari, persaingan sesama sendiri makin sengit. Baik dalam pelajaran, kerjaya atau perhubungan.
Hanya yang benar-benar kuat dan berkuasa akan berada di atas walau apa cara sekalipun.
Persaingan yang sengit membuatkan ramai orang berasa paranoid dan meningkatkan kadar stres.
Persaingan adalah sesuatu yang tidak dapat dielak, malahan apabila sudah mencapai satu cita-cita atau kejayaan, persaingan tidak terhenti di situ bahkan bertambah banyak lagi saingan-saingan baharu yang akan muncul.
Apa yang membuatkan golongan super berjaya ini lagi berasa mudah tertekan adalah kerana mereka kerap membandingkan diri mereka dengan orang lain yang lebih berjaya daripada mereka dan ini boleh membawa kepada tekanan yang tidak perlu.
#3-Kurang Kadar Imun Kegagalan.
Kegagalan adalah perkara biasa dalam kehidupan. Tiada siapa yang akan berjaya sepanjang masa dan tidak pernah gagal kerana ia adalah subjek utama dalam pelajaran kehidupan.
Namun begitu, golongan super berjaya boleh menjadi kurang imun dengan kegagalan dan mudan terkesan dengannya.
Hal ini kerana mereka telah gagal sekali dan mereka dapat mengatasinya dan berjaya.
Namun selepas mengecapi kejayaan, ada dalam kalangan mereka yang super berjaya ini trauma dengan kegagalan dan takut untuk melaluinya sekali lagi.
Walaupun tidak lagi mengalamai apa-apa kegagalan, mereka sentiasa diselubungi rasa takut yang kegagalan lama akan berulang lagi.
#4-Semakin Kurang Orang Yang Memahami Dan Sependapat.
Orang yang menjalani gaya hidup yang biasa dan sederhana mempunyai banyak perkara untuk dibualkan dan bersosial.
Perbualan yang menarik akan membuatkan mana-mana individu berasa gembira.
Namun begitu, orang yang super berjaya akan mengalami lingkungan sosial yang semakin mengecil apabila mereka semakin berjaya.
Hal ini kerana mereka akan mendapati yang mereka tidak lagi dikelilingi oleh orang-orang yang sama seperti mereka.
Ini termasuklah gaya hidup, perspektif, kegemaran dan lain-lain. Walaupun boleh bergaul seperti biasa namun tetap ada tembok penghalang sosial antara mereka dengan orang biasa.
Golongan super berjaya mungkin akan berasa mudah bosan jika berbual dengan mengenai topik biasa dalam jangka masa yang lama.
Malah golongan biasa juga mungkin sukar untuk mengerti apa yang sebenarnya dimaksudkan dalam perbualan dan perbincangan bersama orang luar biasa kerana perbezaan ilmu, pengalaman dan perspektif.
#5-Tiada Banyak Perkara Lagi Yang Boleh Dilakukan.
Selepas mencapai tahap tertinggi dalam kehidupan mengikut definisi kejayaan masing-masing, golongan super berjaya akan mendapati momentum prestasi mereka menurun.
Ini bukan kerana perasaan malas atau penat dan sebagainya.
Sebaliknya, apabila mereka ini sudah mencapai puncak kejayaan tertinggi, mereka akan mendapati yang tiada apa lagi yang tinggal untuk dilakukan.
Jika sebelum ini, mereka telah bersusah payah mendaki hingga ke puncak kejayaan.
Setibanya di destinasi yang mereka impikan, mereka akan dapati yang mereka sudah berjaya dalam segenap lapangan maka tiada apa lagi yang baharu untuk dieksplorasi.
Ini akan meninggalkan rasa kosong dalam diri mereka kerana mereka sudah terbiasa bekerja dengan kuat dan apabila mereka tidak lagi melakukan apa-apa, ini akan buatkan mereka tertekan.
Sumber 6 Sebab Kenapa Orang Super Berjaya Mudah Berasa Tertekan.