8.6 juta tontonan, video lirik ‘I Am Me’ terus dapat sambutan (VIDEO)

 Penggambaran di rumah mewah Hasmiza itu mengundang kritikan mendakwa jutawan kosmetik tersebut cuba menunjuk-nunjuk. — Paparan skrin InstagramPenggambaran di rumah mewah Hasmiza itu mengundang kritikan mendakwa jutawan kosmetik tersebut cuba menunjuk-nunjuk. — Paparan skrin InstagramKUALA LUMPUR, 5 Okt — Pelancaran video muzik baharu “I Am Me” tidak menjejaskan jumlah tontonan video terawal yang dihasilkan KRU Music.

Video lirik yang dimuat naik sejak pertengahan Julai lalu kini sudah ditonton lebih 8.6 juta kali dan diulas lebih 20,000 penonton.

Datuk Seri Hasmiza Othman semalam merasmikan video muzik baharu “I Am Me” di salah sebuah pusat membeli belah terkemuka di sini.

Video yang diarahkan Ghaz Abu Bakar itu kini ditonton lebih 65,000 kali selepas ia dimuat naik di laman YouTube DSV Entertainment.

Penggambaran yang dibuat di rumah mewah Hasmiza itu mengundang kritikan ramai mendakwa jutawan kosmetik tersebut cuba menunjuk-nunjuk.

Bagaimanapun, Hasmiza berkata kemewahan yang dipaparkan sewajarnya menjadi pembakar semangat orang lain untuk berjaya.



Sumber 8.6 juta tontonan, video lirik ‘I Am Me’ terus dapat sambutan (VIDEO)

Post a Comment

Previous Post Next Post