SHAH ALAM: Air laut diramal berada di paras tertinggi sehingga 5.5 meter di perairan Selangor pada Jumaat ini (6 Okt) sehingga Isnin depan (9 Okt) , menurut Unit Pengurusan Bencana Selangor.
Sumber Air laut di Selangor diramal di paras tinggi
Unit berkenaan dalam kenyataan di sini hari ini berkata kerajaan negeri mengarahkan daerah-daerah berisiko antaranya Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam untuk membuat persediaan bagi menghadapi kemungkinan bencana banjir.
"Sebanyak 23 pusat pemindahan mangsa banjir disediakan di daerah-daerah berisiko banjir."Kerajaan Selangor menasihatkan penduduk di kawasan berisiko dapat mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengambil langkah persediaan antaranya mendaftar dan berpindah ke pusat pemindahan berdekatan yang disediakan," kata unit berkenaan.
Kenyataan itu juga menyebut, semua pusat pemindahan akan mula dibuka pada Khamis, 2 petang.
-- BERNAMA
Sumber Air laut di Selangor diramal di paras tinggi
Tags:
Viral AA+