Al-Fatihah: Iron Lady, Datuk Wira Maznah Hamid meninggal dunia

TAKZIAH… Datuk Wira Maznah Hamid yang lebih dikenali sebagai Iron Ladymenghembuskan nafas terakhir pada jam 6 petang Rabu setelah lima hari diwadkan di Institut Jantung Negara (IJN).

 

 

Al-Fatihah: Iron Lady, Datuk Wira Maznah Hamid meninggal dunia

Al-Fatihah: Iron Lady, Datuk Wira Maznah Hamid meninggal dunia

 

 

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn. Bhd. itu dimasukkan ke IJN di ibu negara dalam keadaan kritikal susulan komplikasi jantung dan sudah menjalankan tiga pembedahan pada 29 September lalu.

Allahyarhamah dilahirkan di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah pada tanggal 18 April 1955 turut aktif dalam arena politik UMNO tempatan termasuk memegang pelbagai jawatan penting menerusi parti keramat Melayu tersebut

 

Beliau meninggalkan seorang suami iaitu Datuk Shaheen Mirza Habib serta lima orang cahaya mata iaitu Nur Sharmila, Shahril Reza, Nurul Shameem, Mohamad Shafiq Azim dan Mazreen Shanim.

Semasa hayatnya, Maznah juga merupakan seorang pakar motivasi yang terkenal dan telah memberikan banyak ceramah tentang cara-cara memajukan diri kepada pelbagai golongan masyarakat.

Mengenai sumbangannya dalam Securiforce, Maznah pernah mengepalai lebih 65 buah cawangan dengan kira-kira 6,000 orang kakitangan syarikat perkhidmatan keselamatan tersebut.

Securiforce malah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistik (agen penghantaran darat, laut dan udara) di beberapa buah negara.

Ini meliputi rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah dengan mewujudkan cawangan di Singapura, Thailand, China, Korea Selatan, Turki dan Jerman.

Allahyarhamah juga menjadi contoh usahawan yang mengagumkan kerana kesemua anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada bank.

Selain itu, Maznah menceburkan diri dalam bidang hertanah, antaranya adalah Danau Lumayan yang membina pangsapuri eksklusif dan lot-lot kompleks perniagaan di Bandar Tun Razak di ibu negara.

Jenazah beliau dilaporkan dibawa ke kediamannya iaitu Villa Maznah, Lot 3688, Jalan Ukay 2, off Jalan Lee Hin Neo, Ukay Height, Ampang, Selangor sebelum dikebumikan.

Al-Fatihah dan salam takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarhamah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Inna lillah wa inna ilaihi rojiun.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 



Sumber Al-Fatihah: Iron Lady, Datuk Wira Maznah Hamid meninggal dunia

Post a Comment

Previous Post Next Post