Amuk, adik perempuan dilibas pisau, abang patah kaki

Polis dan bomba mengambil masa tiga jam bagi memujuk seorang lelaki yang menjadikan dua adiknya sebagai tebusan, 30 Sept 2017. — Foto ihsan Facebook/Kelab Info MalaysiaPolis dan bomba mengambil masa tiga jam bagi memujuk seorang lelaki yang menjadikan dua adiknya sebagai tebusan, 30 Sept 2017. — Foto ihsan Facebook/Kelab Info Malaysia

KLANG, 1 Okt — Seorang lelaki yang dipercayai khayal akibat pengaruh dadah mengamuk dan menjadikan tiga ahli keluarganya sebagai tebusan.

Lengan kiri adik perempuannya cedera terkena libasan pisau yang digunakan lelaki berusia 28 tahun itu, lapor Berita Harian.

Abang suspek, 39, pula patah kaki selepas meloloskan diri dengan terjun dari tingkat satu rumah kedai di Bandar Bukit Tinggi, 7.30 malam tadi. 

Ketua polis daerah Klang Selatan berkata seorang remaja lelaki yang juga adik suspek turut dijadikan tebusan. 

“Suspek hanya dapat dipujuk selepas tiga jam kemudian manakala dua adiknya yang dikurung, diselamatkan dengan bantuan bomba,” kata ACP Shamsul Amar Ramli.

Beliau berkata suspek yang baru keluar penjara dua minggu lalu turut menggunakan gunting sebagai senjata.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506/324 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah. 



Sumber Amuk, adik perempuan dilibas pisau, abang patah kaki

Post a Comment

Previous Post Next Post