Beg Kopi Bungkus Laku Habis Di Singapore

Peminat kopi terutama di Singapura pasti teruja apabila seorang pereka kreatif mereka beg kopi bungkus yang saling tak tumpah seperti minuman kopi bungkus di negara itu.

Kepada anda yang gemarkan tote bag yang unik, anda harus dapatkan beg kopi bungkus ini untuk menambah koleksi anda.

BACA: Lepak Kedai Kopi Dalam Gua?

Selain rupa beg ini yang serupa dengan kopi bungkus, ia juga diperbuat daripada plastik jenis PVC telus cahaya.

Malah, tali yang digunakan juga seakan tali rafia. Tali beg ini didatangi dua warna iaitu hijau dan merah dan anda boleh menukarnya mengikut citarasa anda. Menarik bukan?

Untuk pengetahuan anda, harga sebuah beg kopi bungkus ini hanyalah 19.90 SGD atau RM62.00 sahaja. Berbaloi dengan harga kerana beg ini agak besar dan anda boleh letak banyak barang di dalamnya.

Selain itu, jika anda berada di sana, anda boleh singgah ke kedai wheniwasfour untuk mendapatkan beg comel tersebut dan melihat pelbagai rekaan unik dari pereka kreatif ini di Waterloo Street #02-18, 180261, berdekatan dengan stesen MRT Bugis.

ARTIKEL BERKAITAN:
Starbucks Perkenal Kopi Latte Perisa Kunyit
Ini Lokasi Anda Boleh Dapatkan Kopi Kon Aiskrim
5 Sebab Utama Kena Kurangkan Minuman 3 in 1

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Boleh Ke Resell G-Shock Sampai RM20,000?

Post a Comment

Previous Post Next Post